Skip to main content

Posts

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444H ...

 Salam. ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1444Hijriah  untuk semua staff ITD. Semoga raya kali ini dapat memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat anda semua. Saya mewakili exco ITD Club ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan dan perkhidmatan kami semua. InsyaAllah kita semua akan diberkati Allah swt. Presiden, ITD Club. video ucapan raya staff ITD 2023 ...

Selamat Maju Jaya buat bro Noor Syazwan dan bro Mohd Affindee ...

17 Mar 2023  - Satu majlis farewell telah diadakan di BYOD Lab, ITD buat dua orang staff ITD,  bro  Noor Syazwan Adli Nordin , yang mana beliau bakal meninggalkan ITD dan IIUM tidak lama lagi. Seorang lagi,  bro Mohd Affindee Haji Hamzah , juga bakal meninggal ITD. ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan  SELAMAT  MAJU JAYA  buat Pemangku Timbalan Presiden ITD Club 2021-2023, iaitu  Bro Noor Syazwan Adli Nordin , di atas perletakan jawatan beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau telah tamat pada 11 April 2023, akan tetapi beliau akan mula bercuti terus bermula 20 March 2023. Bro Noor Syazwan akan berkhidmat dengan sebuah company swasta di Kuala Lumpur. Disebabkan bro Noor Syazwan telah mula bercuti terus pada 20 March 2023, Presiden ITD Club,  bro Fahmi Yusof , telah mengumumkan pengganti baru yang bakal memangku jawatan Timbalan Presiden ITD Club, iaitu  bro Asnalizam Abu Talib . Beliau juga adalah merupakan...

Perubahan Exco ITD Club 2021-2023

Salam.  Memandangkan Pemangku Timbalan Presiden sekarang telah meletakkan jawatan dan berhijrah keluar dari IIUM, maka sedikit perubahan jawatan exco telah dibuat oleh pengurusan ITD Club 2021-2023. Berikut adalah info lanjut: Bro Noor Syazwan (Timbalan Presiden ke-2 dan Ketua Biro Kebajikan) akan bercuti terus bermula 20 March 2023, dan akan menamatkan khidmat di IIUM secara rasmi pada 11 April 2023. Bro Asnalizam Abu Talib, akan memangku jawatan Timbalan Presiden, berkuatkuasa dari 20 March 2023 sehingga tamat penggal. Presiden ITD Club, bro Fahmi Yusof, akan memangku jawatan Ketua Biro Kebajikan  berkuatkuasa   dari 20 March 2023 sehingga tamat penggal. Lain-lain jawatan adalah kekal seperti yang asal. ps: Lantikan penuh AGM 2021 :  klik di sini ps: Lantikan asal AGM 2021 :  klik di sini Sekian, harap maklum. Terima kasih. - Presiden, ITD Club - Bro Noor Syazwan Adli (Timbalan Presiden ITD Club 2021-2023 yang ke-2) ... akan meninggalkan IIUM secara rasmi...

ITD Team Bonding 2023 @Wadi Budi

 16 Feb 2023 - Satu program team bonding telah dianjurkan oleh ITD Admin dengan kerjasama bersama ITD Club, telah dilangsungkan di dewan Wadi Budi IIUM pada Khamis, 16 Feb 2023. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengumpulkan semua staff untuk sama² berkenal-kenalan dan menjalankan aktiviti bersama-sama. Program ini telah berlangsung dengan cukup baik dengan kehadiran hampir majoriti staff ITD. Program ini telah dilangsungkan dengan cukup meriah, dan telah di-kawalselia oleh team daripada Counselling & Career Servies Centre. Beberapa kumpulan telah dibentuk dan semua staff telah menjalani aktiviti dalam beberapa acara games secara berpasukan. Berikut adalah senarai pemenang² selepas tamat program: Juara - team WANITA TERHEBAT Naib Juara - team KUDER 3rd Place - team MEOWWW 4th Place - team XX-RAY 5th Place - team MADANI ** Full Album : klik di sini ** Video Program :  https://youtu.be/R14TVrwHiF8 1st Place ... team WANITA TERHEBAT 2nd Place ... team KUDER 3rd P...

Selamat Maju Jaya buat Haji Amin Ismail, bro Sharipudin dan Madam Fazlinda Ayu ... Tahniah bro Noor Syazwan, Selamat Datang ke ITD Madam Wan Surbani

09 Jan 2023 - ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERSARA & SELAMAT MAJU JAYA buat Timbalan Presiden ITD Club 2021-2023, iaitu Haji Mohamed Amin Ismail , di atas persaraan wajib beliau yang jatuh pada hari jadi ke-60 beliau, iaitu pada 06 Jan 2023 (Jumaat). Juga diucapkan HAPPY BIRTHDAY buat beliau. Disebabkan bro Hj Amin Ismail telah tamat tempoh jawatan Timbalan Presiden pada tarikh tersebut, maka , Presiden ITD Club, bro Fahmi Yusof , telah mengumumkan pengganti baru yang bakal memangku jawatan Timbalan Presiden ITD Club, iaitu bro Noor Syazwan Adli bin Nordin . Beliau juga adalah merupakan ketua biro Kebajikan dan akan memangku jawatan tersebut bermula 06 Jan 2023 dan sehingga dimaklumkan kelak. Tahniah diucapkan buat bro Noor Syazwan Adli. ITD Club juga ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada Madam Fazlinda Ayu bt Daud (Asst Director ITD) yang telah berhijrah ke IIUM Library berkuatkuasa 13 Dec 2022. Di-doakan semoga Madam Fazlinda Ayu aka...

Lantikan AJK ITD Club untuk 2021-2023

Salam. Ini adalah merupakan lantikan Ketua² Biro ITD Club 2021/2023 Berikut adalah  AJK ITD CLUB 2021-2023 : Penaung  :  Direktor ITD Presiden  :  AHMAD FAHMI BIN YUSOF Timb. Presiden (1)  : HAJI MOHAMED AMIN BIN ISMAIL ( 7 May 2021 - 6 Jan 2023 ~ bersara wajib ) Timb. Presiden (2)  : NOOR SYAZWAN ADLI  NORDIN ( Memangku 06 Jan - 20 Mar 2023 ~ resigned  ) Timb. Presiden (3)  : ASNALIZAM BIN ABU TALIB ( Memangku 20 Mar 2023 - hari ini ) Setiausaha  :  SITI RASIDAH BT MOHAMD SALEH @ Cda Bendahari  :  NORLIZA BT AHMAD ZAINUDDIN @ Cik L Ketua Biro Kebajikan (1)  :  NOOR SYAZWAN ADLI NORDIN  ( Berkhidmat sehingga 20 Mar 2023 ~ resigned  ) Ketua Biro Kebajikan (2)  :  AHMAD FAHMI YUSOF  ( Memangku dari 20 Mar 2023 - hari ini  ) Ketua Biro Dakwah & Tarbiyyah   :  ZULHUSNI BIN MAT ISA Ketua Biro Sukan  :  MOHD SHAHRIN BIN ...

Selamat Maju Jaya bro. Safwan Saaid

31 Oct 2022  - Setelah berkhidmat di ITD dan IIUM sejak 01 Nov 2013, akhirnya tiba masanya beliau meninggalkan IIUM. Bro Safwan bin Saaid, memulakan khidmat sebagai seorang technician (J17) sejak Nov 2013, dan beliau dinaikkan ke jawatan Asst. Engineer IT (JA29) pada Jan 2015. Beliau akan menamatkan khidmat beliau di ITD dan IIUM pada 31 Oct 2022 , kerana akan berhijrah ke sektor swasta. Bro Safwan Saaid, yang berasal dari Pulau Pinang, juga pernah mewakili ITD dalam banyak aktiviti sukan bolasepak, futsal, pingpong dan bolatampar. Beliau juga adalah pemain bolasepak dan futsal mewakili IIUM dalam beberapa pertandingan yang disertai IIUM. Bro Safwan Saaid juga merupakan Ketua Biro Sukan ITD club penggal 2018-2020, yang mana beliau telah membantu dan menjalankan khidmat biro sukan dengan baik sekali, di mana banyak program sukan di ITD telah berjalan dengan lancar. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh atlit² ITD dalam tempoh tersebut. Akhir kata, ITD CLUB ingin mengucapkan jutaa...

Tahniah buat atlit² ITD ... Pingpong raih gangsa SUKUM 2022

SUKUM 2022 telah berlangsung di UPM Serdang dan seramai 7 orang staff ITD Gombak telah didaftarkan mewakili IIUM untuk ke kejohanan ini. ( senarai atlit² ITD ) Setinggi-tinggi TAHNIAH diucapkan buat skuad pingpong IIUM kerana membawa pulang pingat GANGSA daripada Kejohanan Sukan Staff Universiti Malaysia (SUKUM) 2022 yang telah berlangsung di UPM Serdang, Selangor, pada 17-24 Sept 2022. Skuad pingpong ini telah dianggotai oleh 9 orang staff IIUM, yang mana 3 daripada mereka adalah staff ITD, iaitu, bro Azizulkefly Muhd Amin dan bro Ahmad Fahmi Yusof  dari ITD (ITD Gombak), dan juga  bro Mustakim Ahmad (IT IIUM SASMEC Kuantan). Pasukan pingpong IIUM telah layak ke semi final, di mana mereka telah bertembung dengan pasukan juara, iaitu pasukan USM, di mana pasukan IIUM telah ditewaskan USM dengan mata 3-0. Pasukan USM telah mara ke final dan menjadi juara dengan menewaskan pasukan UPM dengan mata mudah 3-0. Bagaimana pun, kejayaan membawa pulang pingat gangsa ini adalah...

SUKUM 2022 : Selamat Maju Jaya Atlit² ITD

 15 Sep 2022 - Selamat Maju Jaya  diucapkan untuk atlit² ITD yang akan mewakili IIUM ke Kejohanan Sukan Staff IPTA Malaysia (SUKUM) untuk edisi tahun 2022, yang bakal berlangsung di Universiti Putra Malaysia (UPM) Serdang, Selangor, dari 16 - 24 Aug 2022. Untuk tahun ini, 7 orang staff ITD (IIUM Gombak) telah terpilih untuk  mewakili IIUM dalam beberapa acara sukan. Mereka adalah seperti berikut : bro Asnalizam - Cycling (as team manager & athlete) sis Norliza - Netball (athlete) bro Fahmi Yusof - Pingpong (athlete) bro Aiman Hakim Johar - Football Senior (athlete) bro Shahrin Saat - Football Senior (athlete) bro Azizulkefly - Pingpong (as team manager & athlete) bro Nurusan Jamiri - Petanque (athlete) Turut mewakili IIUM juga, adalah bro Mustakim Ahmad (IT Sasmec) dalam acara pingpong dan juga bro Mohd Nooramizi (ITD Kuantan) dalam acara cycling. Sama2 kita doa-kan agar mereka semua dapat memberi persembahan terbaik dan akan membawa pulang kejayaan. Good l...