Skip to main content

Perubahan Exco ITD Club 2021-2023

Salam. 
Memandangkan Pemangku Timbalan Presiden sekarang telah meletakkan jawatan dan berhijrah keluar dari IIUM, maka sedikit perubahan jawatan exco telah dibuat oleh pengurusan ITD Club 2021-2023. Berikut adalah info lanjut:
  • Bro Noor Syazwan (Timbalan Presiden ke-2 dan Ketua Biro Kebajikan) akan bercuti terus bermula 20 March 2023, dan akan menamatkan khidmat di IIUM secara rasmi pada 11 April 2023.
  • Bro Asnalizam Abu Talib, akan memangku jawatan Timbalan Presiden, berkuatkuasa dari 20 March 2023 sehingga tamat penggal.
  • Presiden ITD Club, bro Fahmi Yusof, akan memangku jawatan Ketua Biro Kebajikan berkuatkuasa  dari 20 March 2023 sehingga tamat penggal.
  • Lain-lain jawatan adalah kekal seperti yang asal.
ps: Lantikan penuh AGM 2021 : klik di sini
ps: Lantikan asal AGM 2021 : klik di sini

Sekian, harap maklum.
Terima kasih.

- Presiden, ITD Club -

Bro Noor Syazwan Adli (Timbalan Presiden ITD Club 2021-2023 yang ke-2) ... akan meninggalkan IIUM secara rasmi pada 11 April 2023.


Bro Asnalizam ... akan memangku jawatan Timbalan Presiden ITD Club 2021-2023 dan kekal sebagai Ketua Biro Tugas² Khas.


Presiden ITD Club, Bro Fahmi Yusof... akan memangku jawatan Ketua Biro Kebajikan sehingga tamat tempoh.





Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.