Skip to main content

Posts

Showing posts with the label #LawatanMuhibah

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Lawatan Muhibbah ke rumah bro Farid Sani

12 Oct - Pada hari ini, ITD CLUB telah menghantar beberapa orang wakil, untuk menyertai lawatan muhibbah ke rumah Bro Mohd Farid Sani, sebagai tanda sokongan moral kepada beliau di atas kehilangan anakanda tersayang yang telah pergi menemui Ilahi pada 10 Oct 2020 yang lalu. Antara yang turut serta dalam lawatan ini - Farisalharisi (Presiden ITD Club), Syed Mohd Hazrul, Izzat Bahaman, Zulhusni, Asnalizam, Safwan Saaid dan bro Fahmi Yusof. Antara kaum hawa yang turut serta ialah - Siti Rasidah, Siti Rohani, Nor Amizan dan Nor Atiqah. Di samping lawatan ini, pihak ITD Club juga telah menyampaikan sedikit sumbangan ikhlas daripada semua staff ITD. Kami di sini mendoa-kan agar bro Farid sekeluarga dapat bersabar dan sentiasa kuat dengan apa jua dugaan yang dihadapi, insyaAllah. ** Full Album : click here

Lawatan Muhibah, CSR & Futsal 3 Penjuru @IIUM Kuantan

Assalamualaikum. Pada 25-26 Sep 2020 yang lalu, ITD telah mengadakan satu lawatan muhibbah ke Pusat Asasi (CFS) UIAM Gambang, ITD UIAM Kuantan & SASMEC UIAM serta melakukan CSR 2020 di Masjid SHAS, IIUM Kuantan. Sekitar 40 orang staf ITD (majoriti lelaki) telah menyertai program ini, yang mana mereka telah bertolak ke kampus CFS Gambang pada petang 25 Sep 2020. Staf² telah menginap di asrama CFS pada malam tersebut. Pada pagi 26 Sep, delegasi ITD telah bertolak ke IIUM Kuantan Campus, untuk menjalankan perlawanan persahabatan Futsal-3-Penjuru di atara ITD Gombak, IT CFS dan IT SASMEC. Program ini telah berjalan secara baik, lancar dan muhibah, walaupon ada beberapa insiden kecederaan kecil yang telah menimpa beberapa orang pemain. Kedudukan akhir pertandingan  Futsal-3-Penjuru  adalah seperti berikut : Juara - IT IIUM SASMEC Naib Juara - IT CFS Tempat ke-3 - ITD Gombak Pada petang hari tersebut selepas lunch, team ITD telah hadir ke masjid SHAS Kuantan Campus, untuk menja...

Lawatan Muhibah ke rumah sis Khairani ...

21 Dec 2018 - ITD Club dan beberapa wakil daripada ITD, telah mengadakan satu lawatan muhibah ke rumah sis Khairani Che Ibrahim, yang mana beliau telah mengalami patah tangan pada awal Dec 2018 lepas, akibat terjatuh di bilik air di rumahnya. Antara yang hadir ke rumah sis Khairani ialah; bro farisal (Presiden ITD Club), bro Azlan Zain, sis Siti Zarina, sis Saidah dan sis Seri Banun. ITD Club dan semua staf mendoa-kan semoga sis Khairani akan beransur pulih dan akan kembali bertugas ke ITD secepat mungkin.

Sumbangan untuk bro Johari ...

23 Oct 2018 - Sedikit sumbangan hasil kutipan daripada staff ITD telah disampaikan oleh Bro Farisal, Presiden ITD Club kepada Bro Johari Malik, yang telah mengalami sakit belakang dan patah tulang rusuk, yang mana beliau telah dimasukkan ke wad pada awal September lalu. Sehingga hari ini, Bro Johari masih bercuti dan berehat (medical leave). ITD Club mendo'akan bro Johari supaya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan, Amin.

Lawatan Muhibah ke rumah bro Zulhusni

18 Oct 2018 - Satu lawatan muhibbah telah diadakan oleh ITD CLUB ke rumah bro Zulhusni, yang mana beliau telah mengalami kemalangan dalam 2 minggu lepas, di mana bro Zulhusni telah mengalami keretakan tangan kiri akibat melakukan kerja-kerja berat di rumah beliau. Lawatan ini telah disertai oleh bro Farisal (Presiden ITD CLUB), Bro Ahmad Naim, Bro Azlan dan Bro Syed Hazrul. Sedikit sumbangan ikhlas daripada staff² ITD telah disampaikan kepada bro Zulhusni. ITD CLUB mendoa-kan semoga bro Zulhusni cepat sembuh dan cepat kembali ke ITD.

Bro Norsallehin - warded di Ampang Puteri

Pada 15 April 2014 yang lalu, dikahabarkan Bro. Norsallehin Ali (Technician FT17) ITD telah dimasukkan ke Hospital Ampang Puteri di Ampang, Selangor. Beliau dilaporkan telah mengalami jangkitan kuman di kaki kanannya yang mana telah membengkak & bernanah pada kadar yang agak teruk. Pada hari Khamis, 17 April 2014, beberapa orang staff ITD telah melakukan lawatan muhibbah untuk melihat keadaan Bro Norsallehin dan memberi semangat kepada Bro Norsallehin. Kami di ITD CLUB ingin mendoakan semoga Bro Norsallehin akan bersabar di atas ujian yang dihadapi & semoga Allah menyembuhkan sakit beliau dalam masa terdekat ini, InsyaAllah.

Melawat Asnalizam yang terlibat kemalangan ...

Pada 27 Sept 2013, sahabat kami bro Asnalizam, telah terlibat di dalam satu kemalangan jalanraya berdekatan rumah nya di Saujana Utama, Sungai Buloh. Beliau yang bermotosikal bersama isteri telah dilanggar oleh sebuah kereta dari sebelah kiri. Beliau telah mengalami patah kaki kiri. Ramai sahabat-sahabat ITD telah hadir ke Hospital Sungai Buloh untuk melawat bro Asnalizam pada hari tersebut. Pada 11 Oct 2013, beberapa orang sahabat-sahabat ITD telah membuat satu kunjungan muhibbah ke rumah bro Asnalizam di Saujana Uatama, Sungai Buloh. Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat keadaan Asnalizam di samping menyampaikan sumbangan ikhlas daripada semua warga ITD.