Skip to main content

Posts

IGSG2026 : Bolasepak... Al Farabi mencipta sejarah ke final.

  SEJARAH TERCIPTA! Buat julung-julung kalinya, pasukan ITD yang diwakili oleh Al Farabi FC berjaya mara ke Perlawanan Akhir Kejohanan Bolasepak IGSG 2026 . Perlawanan akhir akan berlangsung di Stadium Saidina Hamzah, UIAM , pada jam 6:00 petang . Semua warga staf dan peminat Al Farabi dijemput hadir bagi memberikan sokongan padu kepada pasukan serta menyaksikan perlawanan yang dijangka sengit dan penuh debaran. Ayuh kita bersama-sama memberi sokongan dan semangat kepada Al Farabi FC untuk melakar kemenangan! ** senarai penuh pasukan Al Farabi : Klik di sini ** video : Al Farabi - Road to final ...

IGSG2026: Pasukan Bolasepak Al Farabi untuk 2026

Bersempena dengan Kejohanan Bolasepak IGSG 2026 , kontinjen Al Farabi dengan bangganya memperkenalkan barisan pemain yang akan mewakili pasukan dalam kejohanan ini : Pasukan Bolasepak Al-Farabi 2026... Logo baru Al Farabi (2026) PASUKAN AL-FARABI 2026: Pengurus pasukan : Mohd Solahuddin Mohammed / Ustaz Din (IIUM Mosque) Penolong Pengurus : bro Fahmi Yusof (ITD) Coach : bro Asnalizam Abu Talib (ITD) Asst Coach : bro Nazer / Ajey (OCAP) Pemain-pemain: Mohd Raziq Irfan (ITD) - Kapten Mohd Arni Amerudin (ITD) Muhammad Fitri Isa (ITD) Muhammad Haziq Danial Mohd Fadil (ITD) Mohd Farid Mohd Sani (ITD) Mohd Nadzeri Nordin (ITD) Muhammad Firdaus Shaharuddin (ITD) Muhammad Isma Syakirin (ITD) Amir Syafiq Zamri (ITD) Meor Shahfitri (ITD) Mohd Syafiq Asyraf Samsudin (ITD) Muhammad Syuraih Suhairi (ITD) Muhammad Bunyamin Md Zawawi (ITD) Asnalizam Abu Talib (ITD) Muhammad Azrif Mohd Hadri (OIA) Mohd Zamani Mazlan (Boy) - (OCAP) Raja Khuzairi Raja Badrishah (OCAP) Muhammad Hazami Mohd Hatta (OCAP) M...

Salam Aidil-Adha 1447H

Assalamu'alaikum. Selamat Hari Raya Aidiladha 1447H diucapkan buat semua warga ITD.  Didoa-kan semoga hari yang mulia ini akan membawa keberkatan, kedamaian dan kebahagiaan buat anda semua, & semoga segala pengorbanan dan amal ibadah diterima serta diberkati Allah SWT. Akhir kata, marilah kita menanamkan nilai-nilai keikhlasan dan ketabahan dalam menjalani kehidupan seharian.  InsyaAllah, aamin.

SELAMAT TINGGAL 2025 & SELAMAT DATANG 2026.

SELAMAT TINGGAL 2025 & SELAMAT DATANG 2026. Assalamu'alaikum warahmatullah. 2025 berlalu pergi ... kini datang pula 2026. Didoakan semoga kehadiran 2026 ini bakal memberi satu semangat & azam baru buat kita semua, yang mana akan memberi buah fikiran, semangat dan kekal positif dalam terus mengharungi cabaran baru yang bakal tiba nanti. Semoga tahun baru ini akan memberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dan rezeki kepada kita semua, InsyaAllah. Selamat Tahun Baru 2026. Semoga silaturrahim sesama kita akan terus berkekalan sehingga ke Jannah. آمين يا رب العالمين President, ITD CLUB.

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.

Atlit Terbaik dan Harapan ITD 2025

14 Nov - ITD Club telah mengadakan satu sesi penghargaan sukan buat atlit² ITD, pada ITD All Staff Meeting ke-2 (2025) di BYOD Lab, pada 14 Nov 2025. Pada majlis kali ini, Presiden ITD Club telah mengumumkan, Atlit Harapan 2025 & Atlit Terbaik ITD 2025 (bagi yang telah menyertai kejohanan-kejohanan sukan domestik IIUM, seperti IGSG, HLGG Special Edition & ISTG). Setelah dikira jumlah penyertaan dan jumlah pungutan pingat, mereka yang terpilih adalah seperti berikut : Atlit Harapan ITD 2025 : Olahragawan Harapan : bro Muhammad Hafizuddin bin Ruslan. Olahragawati Harapan : sis Nur Shahirah bt Amram. Atlit Terbaik ITD 2025 : Olahragawan Terbaik : bro Asnalizam bin Abu Talib. Olahragawati Terbaik : sis Nur Shahana bt Saat. Turut dipaparkan bersama adalah ranking " Top 5 Atlit Terbaik ITD 2025 " untuk kejohanan-kejohanan domestik IIUM sepanjang tahun 2025. ITD Club ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua atlit yang telah berjuang di dalam pelbagai acara pada ke...

SDC CLUB FEST 2025 - Dink Wars: Pickleball Challenge

 04 Nov - SDC telah menganjurkan satu kejohanan "Dink Wars: Pickleball Challenge" pada 04 Nov 2025, sekitar jam 5.30pm - 7pm. Kejohanan ini melibatkan pemain-pemain dalam acara sukan Pickleball. Antara wakil-wakil ITD telah mendaftarkan diri adalah : Men Doubles (ITD/SDC) - Noor Azrul Idham (ITD) / Hafez Mat Zahani (SDC) Men Doubles (ITD)  - Asnalizam & Muhd Raziq Irfan. Women Doubles (ITD) - Siti Rasidah / Nur Shahana. Kejohanan kecil ini telah berjalan dengan baik, di mana untuk beregu lelaki hanya 4 pasangan yang bertanding, manakala bagi acara wanita, hanya 3 pasangan yang mendaftarkan diri. Berikut adalah keputusan kejohanan. Men Doubles - 2nd Place - Noor Azrul Idham (ITD) / Hafez Mat Zahani (SDC) Men Doubles - 3rd Place  - Asnalizam & Mohd Raziq Irfan (TD). Women Doubles - 3rd Place - Siti Rasidah / Nur Shahana (TD). Tahniah diucapkan pada semua pemenang & yang telah bertanding. . Muhd Raziq / Asnalizam ... 3rd place (Men Doubles) Ha...

Tahniah buat atlit ITD ... ke Festival Permainan Malaysia (FPM) di Putrajaya 2025

 Tahniah diucapkan kepada atlit² ITD yang telah mewakili IIUM ke kejohanan  Festival Permainan Malaysia @Putrajaya 2025 yang telah berlangsung pada 25-28 Sept 2025 di Dataran Putrajaya. Pasukan IIUM telah dinobatkan sebagai JUARA KESELURUHAN bagi Kategori IPT dalam festival tersebut. Tahniah diucapkan kpeada semua tlit, terutamanya atlit² ITD. Antara staff² ITD yang telah menyertai festival tersebut adalah : Sepak Raga - bro Mohd Arni Amerudin. Memanah (wanita) - sis Rahimah Rahim. Tuju Tin (wanita) - sis Azni Syahirah, sis Nurshahana Saat, sis Aina Safiyyah. Galah Panjang (lelaki) - Mohd Shahrin Saat. Galah Panjang (wanita) - sis Nurshahirah Amram. Tahniah buat semua atlit yang berjaya. Semoga semua atlit ITD akan mengekalkan mementum yang terbaik ini pada kejohanan² yang akan datang. ** Album : click here Atlit² ITD. Pasukan memanah (wanita) IIUM.

Salam Takziah ... Haji Azlan Zain pulang ke negeri abadi.

Assalamu'alaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa Tuan Haji Azlan Zain @ dikenali dengan panggilan Abg Lan (ex-staf ITD, IIUM), telah pulang menemui Ilahi pada sekitar jam 8.30pm, Khamis 21 Aug 2025 di rumahnya di Taman Selayang Baru, Selayang. Haji Azlan Zain merupakan bekas Deputy Director (F48) di ITD yang telah bersara pada April 2022. Salam takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Haji Azlan Zain dan semua staff ITD IIUM. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa-inna ilaihi roji'un. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir lahu warhamhu wa’aa fiha wa’fu anhu. Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kanching Templer, Selayang, Selangor. Sama² lah kita sedekahkan Al-Fatihah dan doa-kan semoga Allahyarham Haji Azlan Zain ditempatkan di kalangan para solehin dan dicucuri rahmat oleh Allah swt. ** photo album : click here ** video sewaktu bersara : click here -ITD CLUB-