Skip to main content

Selamat Maju Jaya buat Haji Amin Ismail, bro Sharipudin dan Madam Fazlinda Ayu ... Tahniah bro Noor Syazwan, Selamat Datang ke ITD Madam Wan Surbani

09 Jan 2023 - ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT BERSARA & SELAMAT MAJU JAYA buat Timbalan Presiden ITD Club 2021-2023, iaitu Haji Mohamed Amin Ismail, di atas persaraan wajib beliau yang jatuh pada hari jadi ke-60 beliau, iaitu pada 06 Jan 2023 (Jumaat). Juga diucapkan HAPPY BIRTHDAY buat beliau.

Disebabkan bro Hj Amin Ismail telah tamat tempoh jawatan Timbalan Presiden pada tarikh tersebut, maka , Presiden ITD Club, bro Fahmi Yusof, telah mengumumkan pengganti baru yang bakal memangku jawatan Timbalan Presiden ITD Club, iaitu bro Noor Syazwan Adli bin Nordin. Beliau juga adalah merupakan ketua biro Kebajikan dan akan memangku jawatan tersebut bermula 06 Jan 2023 dan sehingga dimaklumkan kelak. Tahniah diucapkan buat bro Noor Syazwan Adli.

ITD Club juga ingin mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada Madam Fazlinda Ayu bt Daud (Asst Director ITD) yang telah berhijrah ke IIUM Library berkuatkuasa 13 Dec 2022. Di-doakan semoga Madam Fazlinda Ayu akan lebih berjaya dengan penghijrahan ini di tempat baru.

Seorang lagi staff yang turut bersara wajib, iaitu bro Sharipudin bin Shehamy (IT Zoning - Zone 1) yang akan bersara pada 17 Feb 2023. ITD juga mengucapkan SELAMAT MAJU JAYA kepada beliau, semoga bro Sahripudin akan berjaya dalam apa jua bidang yang beliau akan ceburi.

ITD Club juga ingin turut mengucapkan SELAMAT DATANG  dan mengalu-alukan kedatangan ahli baru ITD, iaitu Madam Wan Surbani bt Wan Omar (N48), ke ITD. Beliau sebelum ini berkhidmat di jabatan Library IIUM. 

** Album Majlis Farewell ITD : klik di sini

************************************

Lantikan AGM 2021-2023 : klik di sini


Sekian, terima kasih.

Pres, ITD Club.

Bro Haji Amin Ismail... Timbalan Presiden ITD Club ( 07 May 2021 - 06 Jan 2023 )


Bro Sharipudin Shehamy ... FT22 ITD ( 16 Oct 1991 - 17 Feb 2023)


Bro Noor Syazwan Adli ... Memangku Timbalan Presiden ITD Club ( bermula 06 Jan 2023 - kini )


Selamat Maju Jaya diucapkan buat Madam Fazlinda Ayu di jabatan yang baru.


Madam Wan Surbani bt Wan Omar (N48) ... Selamat datang ke ITD



The Farewell Video ... 06 Jan 2023



Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.