Skip to main content

Selamat Maju Jaya bro. Safwan Saaid

31 Oct 2022 - Setelah berkhidmat di ITD dan IIUM sejak 01 Nov 2013, akhirnya tiba masanya beliau meninggalkan IIUM. Bro Safwan bin Saaid, memulakan khidmat sebagai seorang technician (J17) sejak Nov 2013, dan beliau dinaikkan ke jawatan Asst. Engineer IT (JA29) pada Jan 2015. Beliau akan menamatkan khidmat beliau di ITD dan IIUM pada 31 Oct 2022 , kerana akan berhijrah ke sektor swasta.

Bro Safwan Saaid, yang berasal dari Pulau Pinang, juga pernah mewakili ITD dalam banyak aktiviti sukan bolasepak, futsal, pingpong dan bolatampar. Beliau juga adalah pemain bolasepak dan futsal mewakili IIUM dalam beberapa pertandingan yang disertai IIUM.

Bro Safwan Saaid juga merupakan Ketua Biro Sukan ITD club penggal 2018-2020, yang mana beliau telah membantu dan menjalankan khidmat biro sukan dengan baik sekali, di mana banyak program sukan di ITD telah berjalan dengan lancar. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh atlit² ITD dalam tempoh tersebut.

Akhir kata, ITD CLUB ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada bro Safwan di atas khidmat yang telah dicurahkan semasa di ITD, dan setinggi-tinggi Selamat Maju Jaya kepada bro Safwan, semoga penghijrahan ini memberi satu lembaran baru yang positif kepada bro Safwan.

You are irreplaceable! Thank you for being a real inspiration to us.

Selamat Maju Jaya bro Safwan.
bro Safwan Saaid (Nov 2013 - Oct 2022)

A farewell video...













Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.