Skip to main content

Posts

Salam Takziah buat bro Norhisham... anakanda pergi menemui Ilahi

Assalamu a'laikum warahmatullah, Untuk makluman semua, dukacita dimaklumkan bahawa,  anakanda kesayangan kepada bro. Norhisham bin Sa'adon (staff ITD yang bertugas di Zone 3, KAED), telah pergi menemui Ilahi pada hari Rabu, 23 Feb 2022. Assalamu'alaikum. Marilah sama² kita doakan semoga roh Allyarham Akmal (berusia 23 tahun),  anakanda kepada Bro. Norhisham akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Salam takziah diucapkan buat bro Norhisham dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna ilaihi roji'un. اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir lahu warhamhu wa’aa fiha wa’fu anhu.

So Long, Farewell... bro Abdul Hakim Ahmad

     31 Jan 2022, hari ini adalah akhir buat bro Abdul Hakim bin Ahmad (atau dikenali sebagai Pak Lang) berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD). Untuk rekod, bro Hakim, (staff no : 366),  telah memulakan karier di IIUM pada 01 November 1985 di IIUM Lembah Pantai. Beliau telah berkhidmat di IIUM hampir 37 tahun dan bersara di ITD sebagai Juruteknik Komputer (Computer Technician) di gred akhir sebagai FT22, dan beliau telah memilih untuk bersara awal ( Optional Retirement ) pada tarikh tamat perkhidmatan pada 01 Feb 2022. ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan  Selamat Maju Jaya  kepada  bro Abdul Hakim bin Ahmad , di atas hari persaraan beliau ini. Di-doakan semoga bro Hakim akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Hakim, andai ada salah silap tersalah tut...

Team ITD ... JUARA Aceteam Bowling Tournament 2022

22 Jan 2022 - Team Bowling ITD telah mendapat invitation untuk menyertai satu pertandingan bowling anjuran Aceteam, pada 22 Jan 2022, yang telah dijalankan di Wangsa Walk Bowl Arena. Dengan langkah kanan, pasukan ITD telah dinobatkan sebagai JUARA dalam pertandingan tersebut. Pasukan bowling ITD telah diwakili oleh : bro Asnalizam (ketua pasukan), bro Fahmi Yusof dan bro Shah Reza Ahmad . Pasukan ini telah diuruskan oleh bro Noor Syazwan Adli ( team manager ). Pasukan ITD telah bermain dengan sangat baik dan telah mendapat mata berjumlah 1429 untuk diumumkan sebagai pemenang. Game 1 (419 mata), Game 2 (402 mata) dan Game 3 (428 mata), menewaskan beberapa pasukan lain yang juga cukup mantap, antaranya ialah pasukan dari Celcom, Maxis, Digi, Aceteam, dan lain² lagi. Tahniah diucapkan kepada team bowling ITD yang mempamerkan permainan yang cukup mantap, sehingga berjaya menjadi Juara utama dalam pertandingan ini.

Selamat Maju Jaya ... sis Nurfazliani Ismail

15 Jan 2022 - ITD CLUB ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya buat sis Nurfazliani binti Ismail (FA29) , yang telah menamatkan khidmat di ITD IIUM pada hari ini dan beliau akan berkhidmat di bidang perguruan pula selepas ini. Sis Fazliani telah berkhidmat di unit Admission adn Language Requirement (ALR), IT Division, IIUM, sejak 01 Feb 2021 (kali kedua berkhidmat di ITD IIUM). Sis Fazliani juga baru sahaja mendapat cahayamata baru pada October 2021 yg lalu.( klik di sini ) Kami di ITD CLUB ingin mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah diberi dan juga memohon maaf andai ada salah silap semasa sis Nurfazliani berkhidmat di ITD IIUM, dan kami juga mendoakan kejayaan sis Fazliani di luar sana. Semoga sukses di atas apa yang jua bidang yang beliau bakal ceburi. Semoga berjaya... selamat maju jaya. sis Nurfazliani binti Ismail

So Long, Farewell... bro Hasni Abdul Rahman

31 Dec 2021, hari ini adalah akhir beliau berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD). Untuk rekod, bro Hasni, (staff no : 2874),  telah memulakan karier di IIUM pada 14 April 1997 sebagai seorang Technician (IT) di bidang telekomunikasi. Beliau telah berkhidmat di IIUM hampir 25 tahun dan bersara di ITD sebagai Penolong Jurutera (Asst. Engineer) di gred akhir sebagai JA29, dan beliau telah untuk bersara awal (Optional Retirement) pada tarikh tamat perkhidmatan pada 01 Jan 2022. ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan  Selamat Maju Jaya  kepada  bro Hasni bin Abdul Rahman , di atas hari persaraan beliau ini. Di-doakan semoga bro Hasni akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Hasni, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita menge...

Bantuan Kilat untuk staff yang terkesan musibah banjir Dec 2021

 24 Dec 2021 - Hari ini mewakili pihak ITD, melalui usaha sama ITD Club dan ITD Admin (ARiFe), telah berjaya mengumpul dan menyampaikan sedikit sumbangan derma kilat untuk staff² ITD yang telah terlibat dan terkesan dengan musibah banjir yang telah berlaku pada 17-19 Dec 2021 di negeri Selangor, yang merangkumi kawasan² di Shah Alam, Klang, Puchong, Hulu Langat, Gombak dan sekitarnya. Antara staff ITD yang terkesan dengan musibah banjir kali ini adalah : Muhammad Izzat Bahaman - Hulu Langat, Selangor. Mohd Shazaruddin @ Oden - Klang Muhammad Aidil - Klang  sis Fazilah - Seksyen 19, Shah Alam bro Mahathir Kasan - Seksyen 24, Shah Alam Haji Hasni Abdul Rahman - Sg Cincin, Gombak. Lawatan muhibbah telah dilakukan ke rumah bro Mahathir Kasan di Seksyen 24, Shah Alam, pada 22 Dec 2021, yang disertai oleh Madam Fazlinda Ayu, sis Norliza (Cik L) dan bro Helmi Joe. Bantuan kepada bro Izzat dan sis Fazilah telah dibuat secara online banking, disebabkan pada masa ini, mereka masih bercu...

i-STAR 2021 ... A Tribute Video - ITD Athletes

 Atlit² ITD di kejohanan i-STAR 2021 ... ... A Tribute Video (ITD Athletes)

i-STAR 2021: atlit² ITD bawa pulang 2 EMAS, 2 PERAK, 1 GANGSA

26 Nov 2021 - Tahniah buat atlit² ITD yang telah berjaya membolot beberapa pingat dalam acara sukan  IIUM Staff Racquet Games (i-STAR) 2021 , yang telah berlangsung dari 18-26 Nov 2021. 3 jenis sukan telah dipertandingkan iaitu - Badminton, Tennis dan Pingpong . Bagi kejohanan ini, atlit² ITD telah berjaya membawa pulang pingat sebanyak;  2 EMAS, 2 PERAK, dan 1 GANGSA. Sukan Badminton dan Pingpong telah memberi banyak kemenangan kepada atlit² ITD dalam kejohanan ini. * PINGAT EMAS: Badminton (Men Veteran Double) - Abdul Hakim (Paklang)  ... pair dengan Saforazurdi (KOE) Pingpong (Men Senior Double) - Azizulkefly (ITD zon IRKHS) ... pair dengan Dr Aiman (KOE) * PINGAT PERAK : Pingpong (Men Senior Double)  - Ahmad Fahmi Yusof  ... pair dengan Ustaz Mat Salleh (CELPAD) Badminton (Men Senior Double) - Hairulnizam (Nik) & Farid Kereyah * PINGAT GANGSA: Badminton (Men Senior Double)  - Mohd Arni & Syed Hazrul  Ada beberapa atlit ITD lain juga turut...

i-STAR 2021 : kem Pingpong bawa pulang pingat EMAS, PERAK

18 Nov 2021 - Atlit² ITD telah berjaya membawa pulang pingat  EMAS dan PERAK ,  dalam acara sukan Pingpong ( Men Senior Double ) i-STAR 2021 , yang telah dianjurkan oleh SDC pada 18 Nov 2021 yang telah berlangsung di Female Sports Complex, IIUM. Untuk tahun ini, ITD telah menghantar dua orang wakil untuk bertanding di pertandingan Pingpong  i-STAR 2021 . Mereka ialah: Men Senior Double  - Azizulkefly (ITD) / Dr Aiman Sukindar (KOE) Men  Senior  Double  - Fahmi Yusof (ITD) / Ustaz Mat Salleh (Celpad) Sebanyak 5 pair yang telah mendaftarkan diri untuk pertandingan kali ini. Acara Men Veteran pula terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup penyertaan, dan juara veteran 2019 , bro Fahmi/Ustaz Mat Salleh, terpaksa diletakkan bertanding di dalam acara Men Senior. Dalam perlawanan penentuan juara, pasangan Azizulkefly/Dr Aiman ( juara men senior 2019 ) telah berjaya menumbangkan pasangan Fahmi/Ustaz Mat Salleh ( juara men veteran 2019 ) dengan keputusan 3-0. Pasa...

Selamat Maju Jaya bro Adis Nabawi

 28 Oct 2021 - Setelah berkhidmat di ITD dan IIUM sejak Nov 2016, akhirnya tiba masanya beliau meninggalkan IIUM. Bro Adis Nabawi, seorang pegawai IT (F41) akan menamatkan khidmat beliau di ITD dan IIUM pada 31 Oct 2021 dan berhijrah ke sektor swasta. Bro Adis telah berkhidmat di Unit i-Collab and Web services, di bawah kendalian bro Abu Hurairah, sepanjang 5 tahun khidmat beliau di ITD. Banyak projek applikasi² yang berjaya dibangunkan oleh bro Adis dan pasukan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di IIUM. Bro Adis yang berasal dari Kedah ini, juga pernah mewakili ITD dalam aktiviti sukan bolasepak dan futsal, dalam pertandingan IIUM Staff Games. Akhir kata, ITD CLUB ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas khidmat yang telah dicurahkan semasa di ITD, dan setinggi-tinggi  Selamat Maju Jaya  kepada bro Adis Nabawi, semoga penghijrahan ini memberi satu lembaran baru yang positif kepada bro Adis. You are irreplaceable! Thank you for being a real inspiration to us. ...