Skip to main content

i-STAR 2021 : kem Pingpong bawa pulang pingat EMAS, PERAK

18 Nov 2021 - Atlit² ITD telah berjaya membawa pulang pingat EMAS dan PERAKdalam acara sukan Pingpong (Men Senior Double) i-STAR 2021, yang telah dianjurkan oleh SDC pada 18 Nov 2021 yang telah berlangsung di Female Sports Complex, IIUM.


Untuk tahun ini, ITD telah menghantar dua orang wakil untuk bertanding di pertandingan Pingpong i-STAR 2021. Mereka ialah:
  • Men Senior Double - Azizulkefly (ITD) / Dr Aiman Sukindar (KOE)
  • Men Senior Double - Fahmi Yusof (ITD) / Ustaz Mat Salleh (Celpad)
Sebanyak 5 pair yang telah mendaftarkan diri untuk pertandingan kali ini. Acara Men Veteran pula terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup penyertaan, dan juara veteran 2019, bro Fahmi/Ustaz Mat Salleh, terpaksa diletakkan bertanding di dalam acara Men Senior.

Dalam perlawanan penentuan juara, pasangan Azizulkefly/Dr Aiman (juara men senior 2019) telah berjaya menumbangkan pasangan Fahmi/Ustaz Mat Salleh (juara men veteran 2019) dengan keputusan 3-0.

Pasangan Fahmi/Ustaz Mat Salleh pula berjaya menumbangkan pasangan Ismail/Ridzwan dengan mata 3-2, bagi mengesahkan kedudukan di ranking kedua. Perlawanan ini berlangsung agak sengit apabila pasangan bro Fahmi/Mat Salleh suatu ketika telah dua kali ketinggalan pada mata 0-1 dan mata 1-2 , tetapi mereka berjaya mengejar sehingga memenangi perlawanan tersebut.

Berikut adalah keputusan pemenang² pingat :

1. GOLD - bro Azizulkefly (ITD) / Dr Aiman Sukindar (KOE)
2. SILVER - bro Fahmi Yusof (ITD) / Ustaz Mat Salleh (Celpad)
3. BRONZE - Ismail Ghazalan (IRKHS) / Ridzwan Al Hafiz (IRKHS)


Fahmi (itd) & Ustaz Mat Salleh (Celpad) ... SILVER medalist.

Fahmi (itd) & bro Azizulkefly (GOLD medalist)


Dari kiri ... Fahmi (itd), Ustaz Mat Salleh, Azizulkefly (itd)

Fahmi dan bro Ismail Ghazalan (IRKHS) , seteru utama di arena pimpong sejak 2011.

Di arena pimpong...





Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.