Skip to main content

Selamat Maju Jaya ... sis Nurfazliani Ismail

15 Jan 2022 - ITD CLUB ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya buat sis Nurfazliani binti Ismail (FA29), yang telah menamatkan khidmat di ITD IIUM pada hari ini dan beliau akan berkhidmat di bidang perguruan pula selepas ini. Sis Fazliani telah berkhidmat di unit Admission adn Language Requirement (ALR), IT Division, IIUM, sejak 01 Feb 2021 (kali kedua berkhidmat di ITD IIUM).


Sis Fazliani juga baru sahaja mendapat cahayamata baru pada October 2021 yg lalu.(klik di sini)


Kami di ITD CLUB ingin mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah diberi dan juga memohon maaf andai ada salah silap semasa sis Nurfazliani berkhidmat di ITD IIUM, dan kami juga mendoakan kejayaan sis Fazliani di luar sana. Semoga sukses di atas apa yang jua bidang yang beliau bakal ceburi.

Semoga berjaya... selamat maju jaya.


sis Nurfazliani binti Ismail


Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.