Skip to main content

So Long, Farewell... bro Abdul Hakim Ahmad

     31 Jan 2022, hari ini adalah akhir buat bro Abdul Hakim bin Ahmad (atau dikenali sebagai Pak Lang) berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD).

Untuk rekod, bro Hakim, (staff no : 366),  telah memulakan karier di IIUM pada 01 November 1985 di IIUM Lembah Pantai. Beliau telah berkhidmat di IIUM hampir 37 tahun dan bersara di ITD sebagai Juruteknik Komputer (Computer Technician) di gred akhir sebagai FT22, dan beliau telah memilih untuk bersara awal (Optional Retirement) pada tarikh tamat perkhidmatan pada 01 Feb 2022.

ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada bro Abdul Hakim bin Ahmad, di atas hari persaraan beliau ini. Di-doakan semoga bro Hakim akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini.

ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Hakim, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerjasama dengan bro Hakim.

Semoga persaraan ini diberkati Allah s.w.t. dan semoga kita ketemu lagi pada masa akan datang nanti, InsyaAllah.


ITD CLUB.




** Video kenangan drpd bro Hakim a.k.a. Pak Lang.



Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.

Atlit Terbaik dan Harapan ITD 2025

14 Nov - ITD Club telah mengadakan satu sesi penghargaan sukan buat atlit² ITD, pada ITD All Staff Meeting ke-2 (2025) di BYOD Lab, pada 14 Nov 2025. Pada majlis kali ini, Presiden ITD Club telah mengumumkan, Atlit Harapan 2025 & Atlit Terbaik ITD 2025 (bagi yang telah menyertai kejohanan-kejohanan sukan domestik IIUM, seperti IGSG, HLGG Special Edition & ISTG). Setelah dikira jumlah penyertaan dan jumlah pungutan pingat, mereka yang terpilih adalah seperti berikut : Atlit Harapan ITD 2025 : Olahragawan Harapan : bro Muhammad Hafizuddin bin Ruslan. Olahragawati Harapan : sis Nur Shahirah bt Amram. Atlit Terbaik ITD 2025 : Olahragawan Terbaik : bro Asnalizam bin Abu Talib. Olahragawati Terbaik : sis Nur Shahana bt Saat. Turut dipaparkan bersama adalah ranking " Top 5 Atlit Terbaik ITD 2025 " untuk kejohanan-kejohanan domestik IIUM sepanjang tahun 2025. ITD Club ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua atlit yang telah berjuang di dalam pelbagai acara pada ke...