Skip to main content

IIUM Staff Games 2018 : Tahniah Atlit ITD...

19 April - Pada tahun ini, ITD telah menyertai IIUM Staff Games dalam pelbagai acara. Beberapa kejayaan telah dicapai oleh atlit-atlit ITD dan ada juga beberapa rekod telah dicipta pada tahun ini.

BOLASEPAK:
Pada tahun ini, pasukan bolasepak telah mencipta kejayaan buat pertama kali apabila merangkul pingat SILVER, dalam pertandingan Liga Bolasepak IIUM (Staff) 2018.
Antara pemain bolasepak ITD ialah: Asnalizam, Safwan Saaid, Shahrin Saat, Hafizuddin Hasan, Mohd Razman, Meor Shahfitri, Mohd Arni, Mohd Zahir, Mohd Farid Sani, Mohd Sauffee (GK1), Mohd Nadzeri.
Bro Fahmi Yusof pula adalah "Team Manager" pasukan tahun ini.

FUTSAL:
Pada tahun ini juga, pasukan futsal ITD telah mencipta sejarah buat pertama kali apabila merangkul pingat SILVER, dalam acara sejak menyertai acara ini sejak 2011.
Antara pemain bolasepak ITD ialah: Asnalizam (C), Safwan Saaid, Shahrin Saat, Hafizuddin Hasan, Mohd Razman, Meor Shahfitri (GK), Mohd Nadzeri, Shawalfitri, Mohd Zahir (simpanan).
Bro Fahmi Yusof pula adalah "Team Manager" kepada pasukan emas ini.

PINGPONG:
Pada tahun ini, ITD telah menghantar beberapa pemain dalam sukan acara Pingpong.
Bro Fahmi berjaya membawa pulang 2 pingat - GOLD dalam acara Men Double, dan BRONZE dalam acara Men Single. Dalam acara men double, bro Fahmi telah berpasangan dengan Ustaz Mat Salleh (CELPAD).

BADMINTON:
Pada tahun ini, ITD juga telah menyertai acara ini, tetapi hanya satu medal sahaja yang berjaya dibawa pulang. Bro Asnalizam berjaya membawa pulang pingat SILVER dalam acara double veteran, berpasangan dengan bro Fadzlullah (Library).



ITD Football Team (IBNU AHMAD)  - SILVER medalist 2018

ITD Football Team (IBNU AHMAD)  - SILVER medalist 2018

ITD Futsal team - SILVER medalist 2018
Bro Fahmi - 2 medals in Pingpong (GOLD & BRONZE)

Bro Fahmi - 2 medals in Pingpong (GOLD & BRONZE)

Bro Asnalizam - SILVER Badminton (Double Veteran)

Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.