Skip to main content

IIUM Staff Games 2018 (Bolasepak) : Ibnu Ahmad terikat 0-0 vs Al Farabi

09 Apr 2018 - Selepas berehat dalam 10 hari, dalam perlawanan ke-4 Ibnu Ahmad, minggu ke-5 liga ini, IBNU AHMAD bertemu AL FARABI (diwakili dept OSEM, IIUM Security). Pada tahun lepas, IBNU AHMAD mudah menumpaskan AL FARABI dengan jaringan 5-0. Tapi pada tahun ini, segala-galanya tampak agak sukar.

Permainan berlangsung dengan agak baik, seimbang dan beberapa serangan daripada kedua-dua pasukan, tetapi penyudah agak buntu. Kedua-dua pertahanan pasukan agak kental, dan tiada sebarang gol tercipta dalam perlawanan ini, dan terikat hanya dengan seri 0-0.

Keputusan Perlawanan untuk 09 April 2018:

1. IIUM Holding ( 0 - 1 ) Al Razi

2. Daya Bersih ( 0 - 2 ) Ibnu Sina

3. Ibnu Ahmad  ( 0 - 0 ) Al Farabi

ps : 6 MATA TERKUMPUL UNTUK IBNU AHMAD !!
Team Captain, bro Fazlullah Yusof & Team Manager, bro Fahmi Yusof







Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.