Skip to main content

IIUM Staff Games 2018 : Futsal ITD cipta sejarah menjadi NAIB JUARA

07 Apr 2018 - Buat pertama kali, pasukan Futsal ITD telah berjaya mara ke perlawanan akhir pertandingan acara Futsal, IIUM Staff Games 2018, selepas beberapa tahun telah mencuba sejak tahun 2010.

Pada tahun ini, pasukan ITD telah didaftarkan atas nama "Ibnu Ahmad B".

Peringkat Perlawanan:
#Kumpulan : ITD (Juara Kumpulan)
# Match 1 : ITD vs Al Sufi, (seri 1-1) - (gol jaringan Shahrin Saat (1) )
# Match 1  : ITD vs Ibnu Sina, (menang 3-1)(gol jaringan Shahrin Saat (2), Nadzeri (1) )
Quarter final : ITD vs Al Razi, menang 1-0 (gol jaringan Shahrin Saat)
Semi final : ITD vs Al Farabi, menang 2-0 (gol jaringan Shahrin Saat, Safwan Saaid)

Di peringkat akhir (final match), pasukan ITD telah bertemu dengan pasukan IIUM Holding, sebuah pasukan yang agak kuat dan solid di semua posisi, di mana akhirnya pasukan ITD telah tewas dengan jaringan 1-3, dan berjaya menggondol pingat perak. Hafizuddin Hasan telah menjaringkan gol tunggal pasukan ITD. Walau bagaimanapun, ini adalah pencapaian terbaik yang pernah dicapai oleh pasukan futsal ITD sepanjang penglibatan mereka di dalam Staff Games acara futsal ini.

Tahniah buat pasukan Futsal ITD.

ITD Players : Asnalizam (C), Safwan Saaid, Shahrin Saat, Hafizuddin Hasan, Mohd Razman, Meor Shahfitri (GK), Mohd Nadzeri, Shawalfitri, Mohd Zahir.
Team Manager : bro Fahmi Yusof.

Penjaring Gol ITD :
- Shahrin Saat (5 gol)
- Nadzeri (1 gol)
- Safwan Saaid (1 gol)
- Hafizuddin Hasan (1 gol)

** Full Album : click here




Belakang dari kiri : Safwan Saaid, Shawalfitri, Meor Shahfitri (GK), Razman, Mohd Nadzeri.
Depan dari kiri : Asnalizam (C), Hafizuddin, Fahmi (team manager), Shahrin Saat.













Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.