Skip to main content

Posts

Salam Takziah bro Aidil ... bonda pulang ke rahmatullah

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Br. Aidil telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi, 27 Oct 2018. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya dan semoga rohnya tergolong di kalangan mereka yang beriman. Semoga Bro. Aidil sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Sumbangan untuk bro Johari ...

23 Oct 2018 - Sedikit sumbangan hasil kutipan daripada staff ITD telah disampaikan oleh Bro Farisal, Presiden ITD Club kepada Bro Johari Malik, yang telah mengalami sakit belakang dan patah tulang rusuk, yang mana beliau telah dimasukkan ke wad pada awal September lalu. Sehingga hari ini, Bro Johari masih bercuti dan berehat (medical leave). ITD Club mendo'akan bro Johari supaya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan, Amin.

Do'a untuk ibu bro Muhammad Aidil...

22 Oct 2018 - Dari perkhabaran terbaru, ITD CLUB telah mendapat berita bahawa ibu kepada Br. Muhammad Aidil, Puan Musalamah Binti Haji Tandang telah dimasukkan semula ke IIUM Medical Centre kerana terjatuh di rumahnya. Beliau kini berada di  "Critical Care Unit(CCU)"  di mana doktor juga mengesyaki ibunya turut mempunyai masalah jantung. ITD CLUB ingin menyeru dan memohon semua ahli club untuk sama-sama mendoakan semoga ibu Br. Aidil cepat sembuh dan semoga beliau sekeluarga dapat dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.  Insya-Allah. Amin.

Lawatan Muhibah ke rumah bro Zulhusni

18 Oct 2018 - Satu lawatan muhibbah telah diadakan oleh ITD CLUB ke rumah bro Zulhusni, yang mana beliau telah mengalami kemalangan dalam 2 minggu lepas, di mana bro Zulhusni telah mengalami keretakan tangan kiri akibat melakukan kerja-kerja berat di rumah beliau. Lawatan ini telah disertai oleh bro Farisal (Presiden ITD CLUB), Bro Ahmad Naim, Bro Azlan dan Bro Syed Hazrul. Sedikit sumbangan ikhlas daripada staff² ITD telah disampaikan kepada bro Zulhusni. ITD CLUB mendoa-kan semoga bro Zulhusni cepat sembuh dan cepat kembali ke ITD.

ITD Club Task-Handover & Appreciation Session

10 Oct 2018 - Satu majlis " Handover Session " telah diadakan oleh Exco 2018/2020 bagi sesi perbincangan ringkas, penyerahan maklumat dan fail² berkaitan, oleh Exco lama 2016/2018 kepada exco yang baru. Berikut adalah senarai penuh Exco 2018/2020 : Presiden : bro Mohd Farisalharisi Timbalan Presiden : sis Siti Rohani Shari Setiausaha : sis Nurul Faten Shahida  Bendahari : sis Siti Raiza Misbah Ketua Biro Kebajikan : sis Emy Haryani Ketua Biro Dakwah dan Tarbiyyah: sis Nor Atiqah Masduki Ketua Biro Sukan & Rekreasi : bro Safwan Saaid Ketua Biro Ekonomi : sis Siti Rasidah Ketua Biro Media & Promosi : bro Ahmad Fahmi Yusof Hampir semua exco lama dan baru hadir di dalam perjumpaan ini. Terima kasih & jutaan penghargaan diucapkan kepada exco lama 2016/2018 di atas jasa dan khidmat yang telah diberikan dalam menjalankan tugas² di ITD CLUB. Tahniah juga diucapkan kepada semua ketua² Biro baru yang telah dilantik dan terima kasih kepada semua ...

AGM2018 : New Exco for ITD Club 2018-2020

02 Oct 2018 - Hari ini telah diadakan satu majlis Annual General Meeting (AGM)  oleh Exco ITD Club 2016/2018, yang diketuai oleh Bro Mohd Zahir & co. Majlis telah dimulakan oleh Tuan Presiden ITD Club, Bro Mohd Zahir sekitar jam 11:00 am di Al Khaleel Meeting Room, CELPAD. Bro Mohd Zahir (Presiden ITD Club) telah membentangkan semua aktiviti² dan program yang telah dijalankan sepanjang 2016 sehingga Sep 2018. Pembentangan Penyata Kewangan juga telah dilaporkan kepada semua ahli ITD Club. Majlis telah berjalan dengan baik dan lancar, dan perlantikan yang baru telah berlangsung secara baik dan agak meriah dengan pencalonan² pilihan masing². Berikut adalah lantikan Exco Baru bagi penggal  2018-2020 : Penaung  :  < Pengarah ITD > Presiden : MOHD FARISALHARISI Timb. Presiden : SITI ROHANI SHARI Setiausaha : NURUL FATEN SHAHIDA Bendahari : SITI RAIZA MISBAH ** Ketua-ketua Biro  pula  akan dilantik tidak lama lagi. Semoga dengan per...

SUKUM 2018 : Tahniah atlit ITD membawa pulang kejayaan

18 Aug 2018 - Sekalung TAHNIAH diucapkan untuk staff ITD yang berjaya membawa pulang pingat kemenangan dan menjulang nama IIUM di persada sukan SUKUM 2018. Tahniah diucapkan untuk bro Asnalizam , yang berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa , yang telah dimenangi dalam acara Basikal Berpasukan dan juga dalam acara Bolasepak (Veteran) . Bro Asnalizam sedang beraksi ... mendapat Gangsa Pasukan Berbasikal IIUM ...  pingat Gangsa Pasukan Bolasepak (Veteran) IIUM ... pingat Gangsa pingat² yang dimenangi oleh bro Asnalizam. Acara Netball: Sukan Netball yang diwakili sis Norliza Zainuddin  pula hanya sekadar bermain di peringkat kumpulan pada edisi kali ini. ( keputusan penuh ) Acara Bolasepak (Senior): Sukan Bolasepak yang diwakili bro Shahrin Saat , pada tahun ini berjaya layak ke Quarter final, tetapi terkandas pula di Q-final apabila tumpas kepada UMT dengan jaringan 0-1. ( keputusan penuh ) Acara Pingpong: Acara ini adalah acara terakhir yang dimulak...

SUKUM 2018 : Selamat Maju Jaya Atlit² ITD

09 Aug - " Selamat Maju Jaya " diucapkan untuk atlit² ITD yang akan mewakili IIUM ke Sukan Staff IPTA Malaysia (SUKUM) untuk edisi tahun 2018, yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang, Pahang, dari 09- 18 Aug 2018. Untuk tahun ini, 5 orang staff ITD (IIUM Gombak) telah terpilih untuk  mewakili IIUM dalam beberapa acara sukan. Mereka adalah seperti berikut : Bro Sauffee & Bro Fahmi Yusof - acara PINGPONG DOUBLE (SENIOR) Bro Asnalizam - acara BASIKAL (BERPASUKAN) & BOLASEPAK (VETERAN) Bro Shahrin Saat - acara BOLASEPAK (SENIOR) Sis Norliza Zainuddin - acara NETBALL Seorang lagi ex-staff ITD  Gombak yang kini berkhidmat di IIUM Medical Centre (IIUMMC) juga akan mewakili IIUM di SUKUM 2018. Beliau adalah bro Mustakim Ahmad, yang akan beraksi dalam acara Pingpong Veteran. Bro Mustakim Ahmad - acara PINGPONG DOUBLE (VETERAN) ITD Club mengucapkan - SELAMAT MAJU JAYA !!!

Quality Day 2018 : Tahniah Sis Nur Shahila (Sports - Female Team Award)

12 July 2018 : Tahniah diucapkan kepada Sis Nur Shahila Alias di atas kejayaan memenangi Anugerah Sports Award (Female Team) di majlis IIUM Quality Day 2018 . Anugerah yang dimenangi tersebut adalah team award bagi sukan acara Petanque yang telah dimenangi dalam Sukan SUKUM 2017. Pasukan tersebut diwakili oleh sis Nur Shahila, sis Azza Mima dan sis Sharifah Salmah. Walaubagaimana pun, sis Shahila tidak dapat hadir ke majlis Quality Day 2018, kerana masih lagi dalam berpantang kerana cuti bersalin (Maternity leave). Tahniah sekali lagi daripada ITD Club. ** Sejarah ITDians yang pernah mendapat Anugerah Q-Award : klik di sini sis Nur Shahila Alias (ITD) sis Azza Mima & sis Sharifah SUKUM 2017 : sis Nur Shahila dan team petanque wanita IIUM memenangi pingat PERAK.

ITD Hari Raya Gathering 2018 / 1439H

10 July 2018 - Majlis Hari Raya ITD Gombak untuk tahun 2018/1439H, telah dilangsungkan dengan penuh sederhana tetapi meriah. Ramai staff² IT dari pelbagai KCDi dan juga kehadiran ramai ex-staff ITD turut serta memeriahkan majlis ini. Juga turut dijemput staff² daripada KCDi berdekatan. Hadiah untuk  Best Dress ITD Raya 2018  dimenangi oleh : Best Dress Lelaki :  Bro Izzat Bahaman Best Dress Wanita :  Sis Siti Rasidah (Cda) **  Full Album  :  click here Best Dress (Male) - Bro Muhammad Izzat Best Dress (Female) - Sis Cda Cdot