Skip to main content

SUKUM 2018 : Tahniah atlit ITD membawa pulang kejayaan

18 Aug 2018 - Sekalung TAHNIAH diucapkan untuk staff ITD yang berjaya membawa pulang pingat kemenangan dan menjulang nama IIUM di persada sukan SUKUM 2018.

Tahniah diucapkan untuk bro Asnalizam, yang berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa, yang telah dimenangi dalam acara Basikal Berpasukan dan juga dalam acara Bolasepak (Veteran).

Bro Asnalizam sedang beraksi ... mendapat Gangsa
Pasukan Berbasikal IIUM ... pingat Gangsa
Pasukan Bolasepak (Veteran) IIUM ... pingat Gangsa
pingat² yang dimenangi oleh bro Asnalizam.

Acara Netball:
Sukan Netball yang diwakili sis Norliza Zainuddin pula hanya sekadar bermain di peringkat kumpulan pada edisi kali ini. (keputusan penuh)

Acara Bolasepak (Senior):
Sukan Bolasepak yang diwakili bro Shahrin Saat, pada tahun ini berjaya layak ke Quarter final, tetapi terkandas pula di Q-final apabila tumpas kepada UMT dengan jaringan 0-1. (keputusan penuh)

Acara Pingpong:
Acara ini adalah acara terakhir yang dimulakan di SUKUM 2018, iaitu pada 15 Aug 2018, 3 hari sebelum berlabuhnya tirai SUKUM.

- Bagi acara Double (Senior), bro Fahmi/bro Sauffee berjaya mencipta rekod dengan menjadi juara kumpulan D, dan ke Quarter final. Tetapi di peringkat suku akhir, team IIUM gagal menyaingi pasukan UTEM untuk ke semi-final, walau pun kedudukan suatu ketika terikat dengan mata 2-2. Berikut adalah keputusan acara Double (Senior):
  • Group D Stage - match 1 : IIUM vs USIM (IIUM menang 3-2)
  • Group D Stage - match 2 : IIUM vs UMK (IIUM menang 3-0)
  • Q-final : IIUM vs UTEM (IIUM kalah 3-2)

- Bagi acara Double (veteran), IIUM diwakili bro Mustakim & Ustaz Sharif CFS. Acara ini diwakili ramai otai² yang cukup hebat dan berbisa daripada IPTA lain. Double Veteran IIUM ini hanya dapat bermain di peringkat kumpulan sahaja pada kali ini.
  • Group B Stage - match 1 : IIUM vs UTEM (IIUM kalah 1-3)
  • Group B Stage - match 2 : IIUM vs UMP (IIUM kalah 0-3)
Secara keseluruhannya, team Pingpong IIUM telah melakar satu sejarah yang terbaik, kali pertama selepas 13 tahun IIUM  tidak menghantar pasukan ke SUKUM, dengan 4 acara ke suku akhir, 1 acara ke final menerusi acara Women Double yang membawa pulang pingat Perak.

** keputusan penuh acara Pingpong

TAHNIAH untuk semua atlit yang bertanding.

Sauffee & Fahmi ... IIUM Pingpong Senior Double (SUKUM 2018)






IIUM Pingpong Team SUKUM 2018


Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.