22 Oct 2018 - Dari perkhabaran terbaru, ITD CLUB telah mendapat berita bahawa ibu kepada Br. Muhammad Aidil, Puan Musalamah Binti Haji Tandang telah dimasukkan semula ke IIUM Medical Centre kerana terjatuh di rumahnya. Beliau kini berada di "Critical Care Unit(CCU)" di mana doktor juga mengesyaki ibunya turut mempunyai masalah jantung.
22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Comments
Post a Comment