Skip to main content

AGM2021 : New Exco for ITD Club 2021-2023

 07 May 2021 - Hari ini telah diadakan satu majlis Annual General Meeting (AGM)  oleh Exco ITD Club 2018/2020 yang diketuai oleh Bro Farisalharisi & co.


Majlis telah diadakan secara online di alam maya (menggunakan Google Meet) oleh Tuan Presiden ITD Club, Bro Mohd Farisalharisi sekitar jam 2:45 pm.

Bro Mohd Farisalharisi (Presiden ITD Club) telah membentangkan semua aktiviti² dan program yang telah dijalankan sepanjang 2018 sehingga April 2021. Pembentangan Penyata Kewangan juga telah dilaporkan oleh Bendahari (sis Siti Raiza Misbah) kepada semua ahli ITD Club.

Majlis telah berjalan dengan baik dan lancar, dan perlantikan yang baru telah berlangsung secara online voting pada hari sebelumnya sehingga tutup pada 12pm, 07 May 2021. Berikut adalah lantikan Exco Baru bagi penggal 2021-2023:

Penaung < Direktor ITD >
Presiden AHMAD FAHMI YUSOF
Timb. Presiden : MOHAMED AMIN ISMAIL
Setiausaha SITI RASIDAH @ Cda
Bendahari NORLIZA @ Cik L

* Sebagai rekod, ini adalah kali kedua Bro Fahmi dipilih selaku Presiden.
Sebagai rekod juga, ini adalah kali kedua Sis Siti Rasidah dipilih selaku Setiausaha.
** Ketua-ketua Biro pula akan dilantik tidak lama lagi.

Semoga dengan perlantikan yang baru ini dapat memacu dan menggerakkan ITD Club dengan lebih hebat dan jaya lagi. Juga jutaan terima kasih diucapkan kepada exco 2018/2021 yang telah berkhidmat sebaik mungkin pada penggal yang sebelum ini.
.


Bro Fahmi Yusof (President) - FA32 - Asal : Kota Bharu, Kelantan.

Bro Amin Ismail (Vice President) - FA38 - Asal : Bagan Datoh, Perak.

Sis Siti Rasidah @ Cda (Secretary) - FA29 - Asal : Kluang, Johor.

Sis Norliza @ Cik L (Treasurer) - FA32 - Asal : Bota Kanan, Perak.



Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.