Skip to main content

Posts

Showing posts from January, 2022

So Long, Farewell... bro Abdul Hakim Ahmad

     31 Jan 2022, hari ini adalah akhir buat bro Abdul Hakim bin Ahmad (atau dikenali sebagai Pak Lang) berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD). Untuk rekod, bro Hakim, (staff no : 366),  telah memulakan karier di IIUM pada 01 November 1985 di IIUM Lembah Pantai. Beliau telah berkhidmat di IIUM hampir 37 tahun dan bersara di ITD sebagai Juruteknik Komputer (Computer Technician) di gred akhir sebagai FT22, dan beliau telah memilih untuk bersara awal ( Optional Retirement ) pada tarikh tamat perkhidmatan pada 01 Feb 2022. ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan  Selamat Maju Jaya  kepada  bro Abdul Hakim bin Ahmad , di atas hari persaraan beliau ini. Di-doakan semoga bro Hakim akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Hakim, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf,

Team ITD ... JUARA Aceteam Bowling Tournament 2022

22 Jan 2022 - Team Bowling ITD telah mendapat invitation untuk menyertai satu pertandingan bowling anjuran Aceteam, pada 22 Jan 2022, yang telah dijalankan di Wangsa Walk Bowl Arena. Dengan langkah kanan, pasukan ITD telah dinobatkan sebagai JUARA dalam pertandingan tersebut. Pasukan bowling ITD telah diwakili oleh : bro Asnalizam (ketua pasukan), bro Fahmi Yusof dan bro Shah Reza Ahmad . Pasukan ini telah diuruskan oleh bro Noor Syazwan Adli ( team manager ). Pasukan ITD telah bermain dengan sangat baik dan telah mendapat mata berjumlah 1429 untuk diumumkan sebagai pemenang. Game 1 (419 mata), Game 2 (402 mata) dan Game 3 (428 mata), menewaskan beberapa pasukan lain yang juga cukup mantap, antaranya ialah pasukan dari Celcom, Maxis, Digi, Aceteam, dan lain² lagi. Tahniah diucapkan kepada team bowling ITD yang mempamerkan permainan yang cukup mantap, sehingga berjaya menjadi Juara utama dalam pertandingan ini.

Selamat Maju Jaya ... sis Nurfazliani Ismail

15 Jan 2022 - ITD CLUB ingin mengucapkan Selamat Maju Jaya buat sis Nurfazliani binti Ismail (FA29) , yang telah menamatkan khidmat di ITD IIUM pada hari ini dan beliau akan berkhidmat di bidang perguruan pula selepas ini. Sis Fazliani telah berkhidmat di unit Admission adn Language Requirement (ALR), IT Division, IIUM, sejak 01 Feb 2021 (kali kedua berkhidmat di ITD IIUM). Sis Fazliani juga baru sahaja mendapat cahayamata baru pada October 2021 yg lalu.( klik di sini ) Kami di ITD CLUB ingin mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah diberi dan juga memohon maaf andai ada salah silap semasa sis Nurfazliani berkhidmat di ITD IIUM, dan kami juga mendoakan kejayaan sis Fazliani di luar sana. Semoga sukses di atas apa yang jua bidang yang beliau bakal ceburi. Semoga berjaya... selamat maju jaya. sis Nurfazliani binti Ismail