Skip to main content

Liga Bolasepak IIUM 2016 - Ibnu Ahmad mencapai kemenangan kedua

05 Apr 2016 - Pasukan IBNU AHMAD telah mencapai kemenangan kedua dalam pertandingan Liga Bolasepak IIUM Staff 2016 , ke atas pasukan AL FARABI dengan jaringan 2-1. Perlawanan ini telah diadakan di padang Stadium IIUM.

Pasukan IBNU AHMAD ini adalah gabungan kcdi - ITD, Library, Celpad & RMC.
Manakala pasukan AL FARABI - adalah gabungan OSSEM, Censerve, dll.

Ada beberapa pemain Ibnu Ahmad yang mengalami kecederaan dan tidak dapat bersama pada malam tersebut.

Pada separuh masa pertama, Ibnu Ahmad berjaya mendahului 1-0 hasil jaringan bro Safwan (Peddor). Permainan sedikit terencat kerana keadaan permukaan padang agak becak, oleh kerana hujan lebat melanda IIUM pada waktu lewat petang sebelum game bermula.

Pada separuh masa kedua, Al Farabi menguatkan asakan mereka dan berjaya mengikat kedudukan 1-1 akibat sedikit kelekaan barisan pertahanan Ibnu Ahmad.

10 minit sebelum perlawanan berakhir, Ibnu Ahmad berjaya menjaringkan gol kemenangan hasil tandukan pemain supersub, Haji Nasri, yang menggantikan bro Zaki Rashid, yang melambungkan bola melepasi jangkauan penjaga gol pihak lawan.

TAHNIAH semua pemain² di atas kemenangan ini !!









Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.