Skip to main content

IIUM Staff Games 2016 : Team Bolasepak IBNU AHMAD menumbangkan JUARA 2015

14 Apr 2016 - Pasukan IBNU AHMAD telah mencapai kemenangan ketiga dalam pertandingan Liga Bolasepak IIUM Staff 2016 , apabila menumbangkan juara 2015, iaitu IIUM HOLDING dengan jaringan 2-1. Perlawanan ini telah diadakan di padang Stadium IIUM.

Ramai pemain-pemain Ibnu Ahmad telah mengalami kecederaan dan tidak dapat bersama pada malam tersebut.
Antara pemain² ITD yang bermain pasukan Ibnu Ahmad ialah : Mohd Zahir , Shawalfitri Safar (GK), Mohd Afdhaluddin, Shahrin Saat, Mohd Zulhusni, Muhammad Nazri.
Antara pemain yang direhatkan sementara di bangku simpanan ialah : Asnalizam dan Safwan Saaid.
Pemain² yang tercedera dan tidak dapat bermain ialah : Mohd Sauffee, Hafizuddin, Mustakim, Mohd Arni dan Mohd Farid Sani.

Pasukan Holding telah mendahului 1-0 dengan jaringan rembatan jarak jauh penyerang mereka, bro Aslam IIC. Sebelum itu, Ibnu Ahmad telah mendapat sepakan penalti, tetapi gagal disempurnakan oleh kapten, Dr. Shamsuddin (Celpad). Tetapi, di akhir-akhir minit separuh pertama , satu rembatan kencang dari luar kotak penalti telah dilakukan oleh bro Azli Sudin (Panjang Lib) telah berjaya menggegarkan gol IIUM Holding. Kedudukan terikat 1-1 di separuh masa pertama.

Di separuh masa kedua, Ibnu Ahmad melakukan pertukaran pemain dan memasukkan 4 orang pemain utama yg direhatkan (Asnalizam, Safwan, Anas Faiz (Celpad) & bro Hamadi (Lib) ) bagi menguatkan pasukan. Akhirnya, 5 minit sebelum perlawanan tamat, Ibnu Ahmad mendapat satu sepakan percuma dan disempurnakan dengan cantik oleh bro Anas Faiz. Akhir masa, Ibnu Ahmad mencatat kemenangan 2-1.

TAHNIAH untuk pasukan IBNU AHMAD malam ini.

ps : IBNU AHMAD menutup liga dengan 3 menang, 1 seri dan 2 kalah.





Penjaga gol .. diimport dari Thailand
Penyerang utama ... Mohd Zahir , import dari Kedah
Bek kental ITD ... bro Nazri a.k.a. John Terry

Comments

Popular posts from this blog

Selamat Bertanding ... staff ITD ke ISTG 2025

ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD (IIUM Gombak) yang bakal mewakili kampus masing-masing ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  yang bermula pada 18-20 July 2025 , yang bakal dianjurkan di kampus Gombak, IIUM.  Staff² ITD yang terpilih untuk bertanding di ISTG 2025 adalah : Acara Pingpong (  mewakili  kampus Gombak ) : bro Azizulkefly  Muhamed Amin. bro Mohd Sauffee Zulkiflee. Acara Pickleball ( mewakili kampus Gombak ) : bro Asnalizam Abu Talib. bro Noor Azrul Idham Che Tak. bro Muhd Hafizuddin Ruslan. sis Nur Shahana bt. Saat. sis Nur Shahirah bt. Amram. Acara Pickleball ( mewakili kampus Kuantan) : sis Umi Kalthum bt Hanapi. Acara Bolasepak ( mewakili kampus  Gombak  ) : bro Mohd Shahrin Saat. Acara Petanque ( mewakili kampus  Gombak  ) : sis Emy Haryani. ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit ke...

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).