ITD welfare, sports & social club for ITD staff
(IIUM GOMBAK)
Search This Blog
ITD Appreciation Lunch 2015 ... ITD Busker team
Salam.
Pada 19 May 2015 yang lalu, ITD telah menganjurkan satu majlis yang diberi nama "ITD Appreciation Lunch 2015" . Objektif program ini adalah untuk memberi penghargaan kepada staff² ITD dalam beberapa aspek daripada pihak management ITD.
Majlis ini juga telah dipengerusikan oleh 2 orang Emcee , iaitu bro Fahmi Yusof dan sis Norzaily (Elly).
Dalam majlis ini juga, sebuah kumpulan Busker ITD telah diwujudkan untuk memenuhi permintaan pihak penganjur untuk merka membuat beberapa persembahan musikal, sepanjang majlis berlangsung.
Kumpulan ini dianggotai oleh : Fahmi Yusof (guitar & singer), Shawalfitri (lead guitar), Mashkatul (bass) Hafiz Hassan (cajon), Safwaan (shaker) & Syazwan (singer).
Antara lagu-lagu yang telah dipersembahkan :
1. Canon in D major
2. Assalamu'alaikum
3. Kuala Lumpur oh Kuala Lumpur
4. Geylang Si Paku Geylang
Berikut adalah antara sedutan video persembahan pada hari tersebut...
22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).
14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM, bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.
SELAMAT TINGGAL 2025 & SELAMAT DATANG 2026. Assalamu'alaikum warahmatullah. 2025 berlalu pergi ... kini datang pula 2026. Didoakan semoga kehadiran 2026 ini bakal memberi satu semangat & azam baru buat kita semua, yang mana akan memberi buah fikiran, semangat dan kekal positif dalam terus mengharungi cabaran baru yang bakal tiba nanti. Semoga tahun baru ini akan memberi kesihatan yang baik, kesejahteraan dan rezeki kepada kita semua, InsyaAllah. Selamat Tahun Baru 2026. Semoga silaturrahim sesama kita akan terus berkekalan sehingga ke Jannah. آمين يا رب العالمين President, ITD CLUB.
Comments
Post a Comment