Skip to main content

IIUM Staff Games 2015 - PETANQUE

Pada 31 May 2015 yang lalu, telah berlangsung pertandingan acara PETANQUE untuk Sukan Inter Staff 2015.

Pasukan ITD di bawah kontinjen Ibnu Ahmad telah menghantar beberapa pemain untuk acara SINGLE seperti berikut :
  • Muhammad Syukor - juga pengurus pasukan
  • Ahmad Fahmi Yusof
  • Mohd Zahir
  • Safwan Saaid
  • Nor Shafiqa - Single wanita
  • Nur Shahila - Single wanita
Acara yang pertama kali disertai oleh atlit2 ITD ini telah memberi impak besar kepada pemain2 KCDi lain yang telah lama berkecimpung dalam acara ini.

ITD juga berjaya merangkul pingat EMAS menerusi acara wanita melalui Sis. Nur Shahila yang pertama kali bermain acara petanque. Tahniah Puteri EMAS ITD!!!

Bagi acara lelaki pula, bro Fahmi Yusof hanya berpuas hati dengan tempat ke-4 , walaupon telah layak ke semi final dan hampir ke final, tetapi saingan sengit di semi final menafikan kemaraan bro Fahmi.

Berikut adalah keputusan penuh bagi peserta2 dari kontingen IBNU AHMAD bagi acara PETANQUE :

* ACARA SINGLE LELAKI :
  1. Ahmad Fahmi - layak ke semi final & mendapat tempat ke-4
  2. Muhammad Syukor - peringkat awal
  3. Mohd Zahir - peringkat awal
  4. Safwan Saaid - peringkat awal
  5. Ramzi (CPD) - NAIB JUARA @ SILVER MEDALIST
* ACARA WANITA SINGLE :
  1. Nur Shahila (Shila) - JUARA @ GOLD MEDALIST
  2. Nor Shafiqa - peringkat awal
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++


NUR SHAHILA @ SHILA - Puteri EMAS ITD 2015

Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.