Skip to main content

Posts

Tahniah ... staff ITD ke ISTG 2025

  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025 Sports Development Centre (SDC) telah menganjurkan satu kejohanan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  , pada 18-20 July 2025 yang telah berlangsung di kompleks sukan IIUM Gombak campus. Beberapa acara telah dipertandingkan dan beberapa atlit ITD telah terpilih untuk bertanding di dalam beberapa acara. <  staff ITD yang terlibat  > Tahniah diucapkan kepada semua atlit ITD yang telah mewakili Gombak campus dan telah memenangi medal dalam kejohanan ini. Berikut adalah keputusan penuh daripada kejohanan tersebut: 🥇  PINGPONG -  Juara (Gombak campus) ( wakil ITD : bro Mohd Sauffee &  bro  Azizulkefly ) 🥇  PICKLEBALL -  Juara (Kuantan campus) ( wakil ITD : sis Umi Kalthum ) 🥈  PICKLEBALL - Naib Juara (Gombak campus) ( wakil ITD : bro Noor Azrul Idham, bro Hafizuddin Ruslan, bro Asnalizam, sis Nur Shahana Saat & sis Nur Shahirah Amram. ) 🥈  P ETANQUE  -...

Selamat Bertanding ... staff ITD ke ISTG 2025

ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD (IIUM Gombak) yang bakal mewakili kampus masing-masing ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  yang bermula pada 18-20 July 2025 , yang bakal dianjurkan di kampus Gombak, IIUM.  Staff² ITD yang terpilih untuk bertanding di ISTG 2025 adalah : Acara Pingpong (  mewakili  kampus Gombak ) : bro Azizulkefly  Muhamed Amin. bro Mohd Sauffee Zulkiflee. Acara Pickleball ( mewakili kampus Gombak ) : bro Asnalizam Abu Talib. bro Noor Azrul Idham Che Tak. bro Muhd Hafizuddin Ruslan. sis Nur Shahana bt. Saat. sis Nur Shahirah bt. Amram. Acara Pickleball ( mewakili kampus Kuantan) : sis Umi Kalthum bt Hanapi. Acara Bolasepak ( mewakili kampus  Gombak  ) : bro Mohd Shahrin Saat. Acara Petanque ( mewakili kampus  Gombak  ) : sis Emy Haryani. ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit ke...

Kejohanan HLGG Pickleball 2025.

Satu kejohanan sukan di bawah program HLGG anjuran SDC (Sports Development Centre), akan berlangsung pada 19 - 26 June 2025. Program HLGG khas ini adalah melibatkan kejohanan sukan Pickleball Doubles, untuk acara beregu (lelaki dan wanita) sahaja. ITD telah menghantar wakil sebanyak 6 wakil beregu ke pertandingan ini, melibatkan 4 men doubles & 2 women doubles . Selamat maju jaya dan selamat bertanding diucapkan kepada 6 wakil beregu ITD (12 orang atlit) yang akan menyertai dan bertanding dalam kejohanan ini. Pair 1 (Male) ... Hafizuddin Ruslan dan Noor Azrul Idham. Pair 2 (Male) ... Fahmi Yusof dan Asnalizam. Pair 3 (Male) ... Ahmad Zaim & Raziq Irfan. Pair 4 (Male) ... Syed Hazrul & Mohd Nadzeri. Pair 1 (Women) ... Shahana & Shahirah. Pair 2 (Women) ... Azni Syahirah & Aina Safiyyah.

Selamat Bersara, Puan Khairani Che Ibrahim...

30 May 2025, hari ini adalah akhir buat Puan Khairani bt Che Ibrahim berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD). Untuk rekod, Puan Khairani, telah memulakan karier di IIUM pada 09 October 1990. Beliau telah berkhidmat di IIUM hampir 35 tahun dan bersara di ITD di gred akhir sebagai F10/F44. Sis Khairani telah berkhidmat di pelbagai unit di ITD & menamatkan khidmat akhir beliau di unit Customer Care, ITD. ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan  Selamat Maju Jaya  kepada  Puan Khairani , di atas hari persaraan beliau ini. Di-doakan semoga sis Khairani akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada sis Khairani, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerjasama dengan sis Khairani. Semoga persaraan ini diberkati Allah s.w...

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Tahniah bro Ahmad Zaim dan isteri ...

 Salam. Tahniah diucapkan untuk bro Ahmad Zaim bin Zakaria , yang telah mendirikan " masjid " pada 16 Sep 2024 bersama pasangannya,  Nurulain Syafiqah bt Che Ariffin  di Kg. Tawang, Bachok, Kelantan. Majlis resepsi di pihak keluarga Ahmad Zaim pula telah diadakan di Bukit Setongkol, Taman LKNP, Kuantan, Pahang pada 30 Jan 2025. Majlis yang meriah ini turut dihadiri oleh beberapa staf ITD. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan  TAHNIAH  kepada  bro Ahmad Zaim bin Zakaria & isteri  di atas perkahwinan ini. Di-doakan semoga perkahwinan ini akan kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah.

T-shirt Limited Edition ITD 2024.

Pada akhir 2024, pihak ITD Club telah memperkenalkan sehelai T-shirt limited edition istimewa kenang-kenangan untuk semua staf ITD . Baju t-shirt sesuai untuk dipakai pada bila² masa & juga boleh dipakai untuk sepanjang program ITD  di sepanjang tahun 2025. Pada yang berminat, anda masih diberi peluang untuk membuat order melalui Bendahari ITD Club, Puan Norliza bt Ahmad Zainuddin pada kadar segera sebelum penghujung Jan 2025. Berikut adalah sedikit teaser beberapa staf ITD yang telah merasmikan dan memperagakan t-shirt baru ITD ini.

SELAMAT TINGGAL 2024 & SELAMAT DATANG 2025.

   SELAMAT TINGGAL 2024 & SELAMAT DATANG 2025. Assalamu'alaikum warahmatullah. Hari ini adalah hari terakhir 2024 & bakal tiba kehadiran 01 Januari 2025. Didoakan semoga kehadiran tahun baru ini bakal memberi satu cahaya dan idea baru & dapat membina satu azam baru buat kita semua, yang mana ia akan dapat membakar semangat dan kekal positif dalam terus mengharungi cabaran-cabaran baru yang bakal tiba nanti. Semoga tahun baru ini akan memberi rezeki, kebaikan dan kelebihan kepada kita semua, ketimbang daripada tahun lalu. Selamat Tahun Baru 2025. Semoga silaturrahim sesama kita akan terus berkekalan sehingga ke Jannah. آمين يا رب العالمين President, ITD CLUB.

IIUM Staff Contingent Appreciation 2024 ... tahniah atlit² ITD

30 Dec 2024 - Hari ini telah berlangsung majlis IIUM Staff Contingent Appreciation 2024, di Banquet Hall, IIUM. ITD Club ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlit² ITD, iaitu sis Norliza bt. Ahmad Zainuddin dan bro Azizulkefly bin Muhamed Amin, kerana telah menjadi antara atlit yang mendapat anugerah penghargaan di majlis berkenaan. Untuk info, sis Norliza & team telah mendapat pingat perak (silver) untuk acara Netball di Kejohanan SUKUM 2024. Manakala, bro Azizulkefly telah mendapat dua pingat gangsa dalam acara Pingpong Single & Pingpong Beregu Campuran, di kejohanan yang sama, yang telah berlangsung di UMS pada Aug 2024. Tahniah diucapkan kepada kedua-dua atlit ITD, dan semoga anda akan terus cemerlang dan sukses di masa² akan datang. .

So Long, Farewell... bro Khairulannuar Mat Tahir

12 Dec 2024 - Hari ini adalah hari terakhir buat bro Khairulannuar bin Mat Tahir berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD). Untuk rekod, bro Khairulannuar,  telah memulakan karier di IIUM pada Aug 2001 di IIUM Gombak selaku Penolong Pegawai IT gred F5(F29). Beliau telah berkhidmat di IIUM selama 23 tahun dan menamatkan perkhidmatan (resigned) di ITD sebagai Pegawai IT (F41), pada tarikh tamat 13 Dec 2024. Untuk rekod, bro Khairulannuar juga pernah berkhidmat IIUM Library (2003-2008) dan di IIUM CFS Petaling Jaya (2008-2013). ITD CLUB ingin mengucapkan  Selamat Maju Jaya  kepada  bro Khairulannuar bin Mat Tahir , dan semoga akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Khairulannuar, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerja...