Skip to main content

IIUM Staff Contingent Appreciation 2024 ... tahniah atlit² ITD

30 Dec 2024 - Hari ini telah berlangsung majlis IIUM Staff Contingent Appreciation 2024, di Banquet Hall, IIUM.


ITD Club ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada atlit² ITD, iaitu sis Norliza bt. Ahmad Zainuddin dan bro Azizulkefly bin Muhamed Amin, kerana telah menjadi antara atlit yang mendapat anugerah penghargaan di majlis berkenaan.

Untuk info, sis Norliza & team telah mendapat pingat perak (silver) untuk acara Netball di Kejohanan SUKUM 2024. Manakala, bro Azizulkefly telah mendapat dua pingat gangsa dalam acara Pingpong Single & Pingpong Beregu Campuran, di kejohanan yang sama, yang telah berlangsung di UMS pada Aug 2024.

Tahniah diucapkan kepada kedua-dua atlit ITD, dan semoga anda akan terus cemerlang dan sukses di masa² akan datang.
.











Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ų„ِنَّŲ§ Ł„ِŁ„ّهِ وَŲ„ِنَّŁ€Ų§ Ų„ِŁ„َيْهِ Ų±َŲ§Ų¬ِŲ¹ُŁˆŁ†َ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.