Skip to main content

Posts

Tahniah team Volleyball Al-Farabi beraksi di final dan mendapat tempat ke-2 IGSG 2024

31 May 2024 - Tahniah diucapkan buat team Volleyball (Vb) Al Farabi ke pentas final buat kali ke 2 di pentas IIUM Vb Staff Games 2024, selepas kali terakhir beraksi di final pada thn 2019.   Final sama di tahun 2019 , menentang team yg sama, iaitu Al Razi... tetapi result tidak menyebelahi team al Farabi, tewas dgn mata 16-31, dgn 50% player muka2 baru. Kali ini, team Al Farabi telah diwakili 100% staf ITD. Tahniah buat semua players yg telah bermain dan berusaha sebaik mungkin. ** Senarai Pemain: Farid Sani (C), Raziq Irfan, Hafizuddin Ruslan, Syafiq Asyraf, Meor Shahfitri, Mohd Nadzeri, Mohd Mawardi, Mohd Arni, Sallehuddin, Mohd Sauffee, Asnalizam & Fahmi Yusof (player & manager). ** bro Asnalizam & bro Fahmi tidak dapat bermain kerana telah mengalami kecederaan sebelum tournament bermula. Team Manager : bro Fahmi. Keputusan Perlawanan: Match 1 : Al Farabi vs Ibnu Sina : menang 31-20. Match 2 : Al Farabi vs Al Razi : tewas 15-31. Semi final : Al Farabi vs Al Ghazal...

Majlis Doa Selamat buat bro Faisal Sukim & Farewell buat sis Dayang Dahliana

  10  May 2024  - Satu majlis do'a selamat & farewell telah diadakan di BYOD Lab, ITD, buat bro Mohd Faisal Sukim yang akan mengerjakan ibadah Haji & farewell buat  sis Dayang Dahliana , yang mana beliau akan bersara awal (optional retirement) pada 31 May 2024. Majlis doa selamat ini telah dimulakan dengan bacaan surah al Waqi'ah, diketuai oleh bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club) dan sesi doa selamat oleh bro Raziq Irfan. ITD Club ingin mengucapkan buat bro Mohd Faisal Sukim , selamat mengerjakan ibadah Haji di Mekah pada tahun ini, semoga mendpt haji mabrur, semoga selamat dalam perjalanan pergi & pulang... ampun maaf daripada kami semua. ITD Club juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan  SELAMAT  MAJU JAYA  buat  sis Dayang Dahliana , di atas persaraan beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau akan tamat pada 31 May 2024.  ITD Club mendoakan agar sis Dayang Dahliana akan lebih maju jaya dan berjaya di luar sana...

ITD Raya Gathering 1445H / 2024

02 May 2024  - Satu majlis ITD Raya Gathering 1445H telah dilangsungkan oleh ITD Raya Committee, yang telah bertempat di BYOD Lab, IT Division, IIUM Gombak, Selangor. Majlis telah berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah, dan dihadiri oleh majoriti staff ITD (Gombak) dan juga beberapa staff ITD dari jabatan dan kampus lain (Kuantan, Pagoh), dan juga beberapa ex-staff ITD turut menghadirkan diri. Ramai staff² daripada KCDio lain juga turut hadir bagi memeriahkan majlis raya pada kali ini. Emcee majlis pada tahun ini adalah - bro Mohd Mawardi dan ditemani oleh sis Siti Azizah Abas, yang merupakan staf baru ITD 2023 dan 2024. Majlis raya pada tahun ini juga, turut diadakan majlis farewell untuk bekas Deputy Direktor ITD (N48), iaitu MadamWan Surbani bt Wan Omar, yang telah berpindah ke IIUM Press pada 15 Feb 2024. Selamat Maju Jaya diucapkan buat Madam Wan Surbani. Majlis farewell juga turut diadakan untuk menghargai sis Dayang Dahliana bt Awang Talip, yang bakal bersara ...

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H ...

Salam. ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445Hijriah  untuk semua staff ITD. Semoga raya kali ini dapat memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat anda semua. ITD Club ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan dan perkhidmatan kami semua. InsyaAllah kita semua akan diberkati Allah swt. ITD Club.

Pasca... Majlis Iftar ITD 1445H - tahun 2024

04 Apr - Satu majlis iftar buat seluruh staf ITD telah dianjurkan oleh pihak ITD Club, pada 04 April 2024 yang berlokasi di BYOD Lab ITD dan kawasan kebun ITD. Alhamdulillah, hampir 100 hadirin yang telah menghadirkan diri ke majlis ini. Majlis ini telah dimulakan oleh Emcee (Bro Hafizuddin Ruslan) dan diikuti dengan bacaan surah Yassin oleh bro Syafiq Asyraf dan majlis telah diteruskan dengan bacaan tahlil ringkas oleh bro Raziq Irfan. Presiden ITD Club, bro Fahmi Yusof, selaku Head of Program untuk majlis iftar kali ini, juga telah memberikan sedikit kata-kata aluan dan mengalu-alukan kehadiran staf ITD dan famili mereka. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Prof Norbik Bashah (CDO ITD) dan Madam Nurmaliza Jumaat (Direktor ITD). Juadah kali ini adalah  sumbangan daripada hamba² Allah dan keluarga ITD sendiri, & semoga Allah membalas jasa baik mereka semua. Majlis ini telah berlangsung dengan cukup baik dan telah berakhir sekitar jam 9pm. Ampun maaf andai ada sebarang kekurang...