Skip to main content

Pasca... Majlis Iftar ITD 1445H - tahun 2024

04 Apr - Satu majlis iftar buat seluruh staf ITD telah dianjurkan oleh pihak ITD Club, pada 04 April 2024 yang berlokasi di BYOD Lab ITD dan kawasan kebun ITD.

Alhamdulillah, hampir 100 hadirin yang telah menghadirkan diri ke majlis ini. Majlis ini telah dimulakan oleh Emcee (Bro Hafizuddin Ruslan) dan diikuti dengan bacaan surah Yassin oleh bro Syafiq Asyraf dan majlis telah diteruskan dengan bacaan tahlil ringkas oleh bro Raziq Irfan.

Presiden ITD Club, bro Fahmi Yusof, selaku Head of Program untuk majlis iftar kali ini, juga telah memberikan sedikit kata-kata aluan dan mengalu-alukan kehadiran staf ITD dan famili mereka. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Prof Norbik Bashah (CDO ITD) dan Madam Nurmaliza Jumaat (Direktor ITD).

Juadah kali ini adalah  sumbangan daripada hamba² Allah dan keluarga ITD sendiri, & semoga Allah membalas jasa baik mereka semua. Majlis ini telah berlangsung dengan cukup baik dan telah berakhir sekitar jam 9pm.

Ampun maaf andai ada sebarang kekurangan & kelemahan yg berlaku sepanjang majlis ini berlangsung.

Wassalam.

- Head of Prog -


** Photo Gallery : click here
.


















Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.

Atlit Terbaik dan Harapan ITD 2025

14 Nov - ITD Club telah mengadakan satu sesi penghargaan sukan buat atlit² ITD, pada ITD All Staff Meeting ke-2 (2025) di BYOD Lab, pada 14 Nov 2025. Pada majlis kali ini, Presiden ITD Club telah mengumumkan, Atlit Harapan 2025 & Atlit Terbaik ITD 2025 (bagi yang telah menyertai kejohanan-kejohanan sukan domestik IIUM, seperti IGSG, HLGG Special Edition & ISTG). Setelah dikira jumlah penyertaan dan jumlah pungutan pingat, mereka yang terpilih adalah seperti berikut : Atlit Harapan ITD 2025 : Olahragawan Harapan : bro Muhammad Hafizuddin bin Ruslan. Olahragawati Harapan : sis Nur Shahirah bt Amram. Atlit Terbaik ITD 2025 : Olahragawan Terbaik : bro Asnalizam bin Abu Talib. Olahragawati Terbaik : sis Nur Shahana bt Saat. Turut dipaparkan bersama adalah ranking " Top 5 Atlit Terbaik ITD 2025 " untuk kejohanan-kejohanan domestik IIUM sepanjang tahun 2025. ITD Club ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua atlit yang telah berjuang di dalam pelbagai acara pada ke...