Skip to main content

Posts

Congrats Madam Nurmaliza ... new Acting Director of ITD

 ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan TAHNIAH di atas perlantikan sebagai " Acting Director " untuk ITD bermula dari 01 August 2021. ITD CLUB juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan JUTAAN TERIMA KASIH kepada Dr. Norsaremah binti Salleh, di atas khidmat yang telah diberi sejak memegang jawatan ITD Director dari Ogos 2019 sehingga 31 July 2021. Semoga berjumpa lagi. ITD CLUB.

Selamat Maju Jaya Dr Norsaremah ...

30 July 2021 - Hari ini adalah hari terakhir Assoc. Prof. Dr Norsaremah binti Salleh berkhidmat di ITD selaku Direktor ITD, dan beliau akan kembali berkhidmat ke Kulliyyah of ICT. Untuk rekod, Dr Norsaremah mula berkhidmat sebagai Direktor ITD pada sekitar bulan Ogos 2019. Beliau telah berkhidmat di ITD selama lebih kurang 2 tahun sehingga 31 July 2021. Sebelum ini juga, beliau juga pernah berkhidmat di ITD sebagai Deputy Director pada July 2011 - June 2013. Paling menarik, Dr. Norsaremah telah mendirikan rumahtangga bersama pasangan beliau, semasa beliau berkhidmat di ITD iaitu pada 22 Feb 2020. Akhir kata, ITD CLUB ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas khidmat yang telah diberikan semasa di ITD, dan setinggi-tinggi Selamat Maju Jaya kepada Dr Norsaremah, semoga penghijrahan ini memberi satu lembaran baru yang positif kepada Dr Norsaremah. You are irreplaceable! Thank you for being a real inspiration to us. Semoga berjumpa lagi. ITD CLUB.

Salam Takziah buat bro Kirin ... bapa mertua meninggal dunia

 ‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna ilaihi roji'un Salam takziah diucapkan kepada bro Khairusyakirin bin Dzaki @ Kirin  di atas pemergian bapa mertua beliau di hospital Shah Alam pada hari ini. Semoga arwah ditempatkan di kalangan roh org2 beriman. ‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف   “Allahummagh firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah akan dia."  ITD CLUB.

Salam Takziah sis Shahida ... kakak ipar meninggal dunia

  ‎إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna ilaihi roji'un Salam takziah diucapkan kepada sis Shahida Mahbob di atas pemergian kakak ipar beliau pada jam 3.30 pagi, 04 July 2021. Semoga arwah ditempatkan di kalangan roh org2 beriman. ‎اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف   “Allahummagh firlaha warhamha wa`afiha wa`fu`anha" "Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah akan dia."  ITD CLUB.

Salam Takziah buat Prof Norbik ... kekanda meninggal dunia

 Assalamualaikum, Untuk makluman semua, kekanda kepada Prof Norbik Bashah Idris (CIO ITD), yang bernama Mohamad Fahmi Idris, telah pulang ke rahmatullah pada 20 June 2021, jam 1:16 am. Di-doakan semoga arwah kekanda kepada Prof Norbik ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh, dan semoga roh-nya sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah s.w.t. Salam takziah buat Prof. Norbik dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna ilaihi raji'un اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ   “Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" Terima kasih. -ITD CLUB-

Salam Takziah buat Siti Rohani ... bapa mertua meninggal dunia

Assalamualaikum, Untuk makluman semua, bapa mertua kepada sis Siti Rohani bt Shari, telah pulang ke rahmatullah pada 17 June 2021, (jam 6.55 ptg) di Kelantan. Di-doakan semoga arwah bapa mertua Siti Rohani ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Salam takziah buat Siti Rohani dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna ilaihi raji'un اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ   “Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu" Terima kasih. -ITD CLUB-

Tahniah bro Mizam ... new baby born

 ITD CLUB mengucapkan tahniah untuk bro Mohd Mizam bin Mustafa sekeluarga ...

Tahniah bro Shah Reza ... new baby born

 Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Bro. Shah Reza Ahmad kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan pada 24 May 2021 (Isnin), sekitar jam 1-2 pm, di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan Zainal Abidin, Wangsa Maju, Kuala Lumpur. Anak ini adalah cahayamata yang ke-5 untuk keluarga Shah Reza dan isteri. Didoakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang solehah dan memberi kebahagiaan kepada  Br. Shah Reza dan isteri sekeluarga.  InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club. ps: pada 31 may 2021, satu penyampaian hadiah utk Shah Reza dan family telah disampaikan oleh Presiden Club, bro Fahmi. Sumbangan hadiah ini adalah ikhlas daripada beberapa orang rakan-rakan ITD yang amat baik hati. ( klik untuk lanjut )

Salam Aidilfitri 1442H ...

Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri 1442H kepada semua ahli club dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua, walaupun di mana jua anda berada, meskipun kita sekarang terpaksa menyambut raya di dalam musim PKP. Taqabbalallahu Minna Waminkum.

AGM2021 : New Exco for ITD Club 2021-2023

 07 May 2021 - Hari ini telah diadakan satu majlis Annual General Meeting (AGM)   oleh Exco ITD Club 2018/2020 yang diketuai oleh Bro Farisalharisi & co. Majlis telah diadakan secara online di alam maya (menggunakan Google Meet ) oleh Tuan Presiden ITD Club, Bro Mohd Farisalharisi sekitar jam 2:45 pm. Bro Mohd Farisalharisi (Presiden ITD Club) telah membentangkan semua aktiviti² dan program yang telah dijalankan sepanjang 2018 sehingga April 2021. Pembentangan Penyata Kewangan juga telah dilaporkan oleh Bendahari ( sis Siti Raiza Misbah ) kepada semua ahli ITD Club. Majlis telah berjalan dengan baik dan lancar, dan perlantikan yang baru telah berlangsung secara online voting pada hari sebelumnya sehingga tutup pada 12pm, 07 May 2021. Berikut adalah lantikan Exco Baru bagi penggal  2021-2023 : Penaung  :  < Direktor ITD > Presiden  :  AHMAD FAHMI YUSOF Timb. Presiden  :  MOHAMED AMIN ISMAIL Setiausaha  :  SITI RASIDAH...