14 Apr 2016 - Pasukan IBNU AHMAD telah mencapai kemenangan ketiga dalam pertandingan Liga Bolasepak IIUM Staff 2016 , apabila menumbangkan juara 2015, iaitu IIUM HOLDING dengan jaringan 2-1. Perlawanan ini telah diadakan di padang Stadium IIUM. Ramai pemain-pemain Ibnu Ahmad telah mengalami kecederaan dan tidak dapat bersama pada malam tersebut. Antara pemain² ITD yang bermain pasukan Ibnu Ahmad ialah : Mohd Zahir , Shawalfitri Safar (GK), Mohd Afdhaluddin, Shahrin Saat, Mohd Zulhusni, Muhammad Nazri. Antara pemain yang direhatkan sementara di bangku simpanan ialah : Asnalizam dan Safwan Saaid. Pemain² yang tercedera dan tidak dapat bermain ialah : Mohd Sauffee, Hafizuddin, Mustakim, Mohd Arni dan Mohd Farid Sani. Pasukan Holding telah mendahului 1-0 dengan jaringan rembatan jarak jauh penyerang mereka, bro Aslam IIC. Sebelum itu, Ibnu Ahmad telah mendapat sepakan penalti, tetapi gagal disempurnakan oleh kapten, Dr. Shamsuddin (Celpad). Tetapi, di akhir-akhir minit separuh perta...