Skip to main content

Posts

Tahniah bro Asnalizam - Varsity Cycling Challenge 2015

Assalamu'alaikum. Di kesempatan ini ITD Club ingin mengucapkan ribuan TAHNIAH kepada bro Asnalizam di atas kejayaan merangkul pingat GANGSA di dalam pertandingan "Varsity Cycling Challenge 2015" anjuran KPM/UTEM yang telah berlangsung di Sepang International Circuit pada 17 May 2015. Walaupon bro Asnalizam pernah mengalami kemalangan teruk & patah kaki pada Sept 2013, tetapi berkat usaha & kesabaran, akhir nya beliau mampu mencipta "magic" kembali dalam arena sukan. Sekali lagi, TAHNIAH bro Asnalizam drpd ITD Club. SELAMAT MAJU JAYA!!

Terima kasih - Sumbangan untuk sukan

Salam. Saya mewakili atlit-atlit yang mewakili ITD dalam sukan staff antara Jabatan IIUM 2015, ingin mengucapkan ribuan  TERIMA KASIH kepada insan2 yang telah sudi memberi sumbangan & derma ikhlas untuk kegunaan staff2 ITD dalam pertandingan sukan antara jabatan2 dalam IIUM. Antara barang2 yang sudah disediakan : Bola futsal, Glove bolasepak, air minuman & isotonik. (ada beberapa barang2 lagi dalam proses pembikinan) Semoga Allah s.w.t. membalas jasa tuan2 penderma & semoga rezeki tuan2 diluaskan. Terima kasih. - Presiden, ITD Club -

Salam Takziah - sis Siti Rohani Shari

Assalamualaikum. Innalillahi wa innailaihi roji'un. Dengan ini diberitahu bahawa ibu kpd Ketua Biro Tarbiyyah ITD Club, sis Siti Rohani Shari, (F29 ITD)  ( telah meninggal dunia pada 4 petang, 12 May 2015. Ibu nya bernama Puan Azizah binti Omar. Salam Takziah diucapkan kepada sis Siti Rohani dan keluarga, semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sana. Al-Fatihah. P/s: alamat rumah, Lot 164,  Jln 45, jln bukit C, Kg cheras baru http://www.iium.edu.my/staff-details?id=6770

Sukan Antara KCDi 2015

Salam. Pada tahun ini, sukan Inter-Dept akan dilangsungkan sekitar bulan Mei 2015. Sila rujuk email announcement daripada Sports Centre & gambar di bawah adalah pasukan kontingen yang mana pasukan ITD akan sertai. Buat masa ini, kami masih dalam proses perbincangan dengan semua wakil KCDI pasukan IBNU-AHMAD . Buat sementara waktu, berikut adalah wakil pengurus daripada ITD untuk beberapa sukan : FOOTBALL : Bro Asnalizam / Bro Zahir FUTSAL : Bro Safwan (Peddor) / Bro Asnalizam TABLE TENNIS : Bro Fahmi / Bro Mustakim VOLLEYBALL : Bro Fahmi / Bro Aidi Majid (LIB) BOWLING : Sis Rohaya  BADMINTON : Bro Zulhusni / Bro Fadlullah (LIB) Sila hubungi pengurus2 sukan untuk pendaftaran nama & maklumat lanjut. Sebarang updates kami akan kemaskini di sini. Sekian, wassalam. - b/p Ketua Biro Sukan, ITD CLUB - ------------------------------------------------------------------------------------------------- Assalamualaikum Wrt. Wbt. Brothers/Sister...

Pingpong Friendly Match - ITD vs. MARA KL (staff)

Salaam. Pada  hari Jumaat, 27 Feb 2015 yg lalu, satu perlawanan persahabatan PING-PONG telah diatur oleh En. Zahir (Engineer ITD) , iaitu perlawanan di antara ITD IIUM vs. staff MARA KL . Perlawanan telah berlangsung pada jam 9 mlm di KSL Sports Centre, Sri Gombak, Selangor. Pihak MARA KL sebenarnya dalam rangka persediaan untuk menghadapi pertandingan sukan antara pusat MARA Msia tidak lama lagi. Pasukan ITD IIUM pula dalam rangka membentuk pasukan untuk menghadapi Staff Games 2015 yang akan bermula tidak lama lagi. Berikut adalah rangkuman keputusan perlawananan & gambar-gambar sepanjang perlawanan persahabatan tersebut : 1. Double :  Fahmi/Hafiz  vs. 2nd double lelaki MARA ........... ITD kalah 1-3 2.  Double   :  ZahirZulhusni  vs. mix double MARA  ........... ITD kalah 1-3 3.  Double   :  Badli/Safwan  vs. 1st double MARA  ........... ITD kalah 0-3 4. Single  :  Hafiz  vs....

Pingpong Friendly Match - ITD vs. Mahallah Zubair (student)

Salaam. Pada 16 Feb 2015 (Isnin) yg lalu, satu perlawanan persahabatan PING-PONG telah diatur oleh fellow Mahallah Zubair Awwam (En. Zahir ) bersama Presiden ITD Club, bro. Fahmi. Perlawanan tersebut adalah di antara staff ITD (lelaki) & students Mahallah Zubair Awwam. Perlawanan persahabatan ini diadakan bertujuan sebagai persediaan bagi pasukan Zubair Awwam untuk menghadapi Sukan Inter-Mahallah pada awal Mac nanti. Berikut adalah keputusan perlawanan : 1. Single 1st   - bro Fahmi ... menang 3-0 2. Single ke-2 - bro Zahir ... menang 2-1 3. Single ke-3 - bro Zulhusni ... menang 2-1 4. Single ke-4 - bro Hafiz Hassan ... kalah 1-2 5. Double        - bro Badli / Safwan ...menang 3-0 ** Keputusan keseluruhan : Pasukan ITD menang 4-1 ke atas pasukan student Zubair Awwam. Sekian.

Tahniah untuk Bro Zuraidi Adi Chor

Salaam. ITD Club dengan penuh kegembiraan ingin mengucapkan TAHNIAH kepad Bro Zuraidi Afandi (Technician ITD) kerana isteri nya telah selamat melahirkan baby pertama mereka. Baby Girl tersebut selamat dilahirkan pada 8 Jan 2015, jam 2:22 am di Gombak MEdical Centre (GMC), Sri Gombak. Semoga anak yang dilahirkan dapat memberi kegemebiraan & kerahmatan kepada bro Zuraidi & isteri sekeluarga InsyaAllah. - ITD Club -

Salaam takziah bro Asnalizam

Salaam. Kami di sini ingin mengucapkan salam takziah kepada bro Asnalizam & family di atas pemergian nenda nya yg telah menghembuskan nafas pd Ahad, 25 Jan 2015, di Selama, Perak. Semoga Allahyarhamah ditempatkan bersama orang beriman. InsyaAllah...

Trip Pasca Bencana Banjir ke Kelantan ...

Salam. Pada hari Ahad 04 Jan 2015 , ITD Club telah menghantar satu pasukan misi bantuan untuk mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Kelantan. Target lokasi kami adalah untuk ke Kota Bharu , iaitu untuk melakukan aktiviti pasca bencana di rumah keluarga ahli-ahli misi ini, seperti membasuh, membersihkan & mengemas rumah-rumah yang dimasuki air banjir yang berlumpur. Jadi, dalam tempoh perjalanan yang panjang, kami telah singgah di beberapa tempat unutk menghulurkan sedikit bantuan untuk mangsa-mangsa banjir. *** 04 Jan 2015 *** Perjalanan bermula dalam pukul 9am dari Greenwood Gombak , bersama 4 orang ahli : 1. Ahmad Fahmi (Presiden ITD Club), 2. Che Habiel (Bendahari ITD Club) , 3. Mohd Farid (Senior Tech ITD) & 4. Bro Azhar (adik ipar Fahmi). Perjalanan kami telah disertai dengan barang² makanan,  pakaian dan peralatan² rumah hasil sumbangan sahabat² ITD (IIUM Gombak) & ahli keluarga masing2 . Dari kiri - Che Habiel, Farid, Fahmi & Azhar ...