Skip to main content

Trip Pasca Bencana Banjir ke Kelantan ...

Salam.

Pada hari Ahad 04 Jan 2015, ITD Club telah menghantar satu pasukan misi bantuan untuk mangsa-mangsa banjir di sekitar negeri Kelantan.
Target lokasi kami adalah untuk ke Kota Bharu, iaitu untuk melakukan aktiviti pasca bencana di rumah keluarga ahli-ahli misi ini, seperti membasuh, membersihkan & mengemas rumah-rumah yang dimasuki air banjir yang berlumpur.
Jadi, dalam tempoh perjalanan yang panjang, kami telah singgah di beberapa tempat unutk menghulurkan sedikit bantuan untuk mangsa-mangsa banjir.

*** 04 Jan 2015 ***
Perjalanan bermula dalam pukul 9am dari Greenwood Gombak , bersama 4 orang ahli :
1. Ahmad Fahmi (Presiden ITD Club),
2. Che Habiel (Bendahari ITD Club) ,
3. Mohd Farid (Senior Tech ITD) &
4. Bro Azhar (adik ipar Fahmi).

Perjalanan kami telah disertai dengan barang² makanan,  pakaian dan peralatan² rumah hasil sumbangan sahabat² ITD (IIUM Gombak) & ahli keluarga masing2 .


Dari kiri - Che Habiel, Farid, Fahmi & Azhar
Dalam perjalanan dari Kuala Lipis - Gua Musang
Dalam perjalanan dari Kuala Lipis - Gua Musang ... tanah runtuh
Bandar Gua Musang .

Sekitar jam 2 pm, kami telah tiba di Gua Musang. Kami terus menuju ke kawasan pedalaman Felda Bertam Baru, yang terletak lebih kurang 40km dari bandar Gua Musang.
Kami telah melawati kawasan Bertam Baru ini & memberi separuh daripada bantuan yang dibawa untuk penduduk-penduduk kampung yang terkesan dengan bencana banjir di sini.
Boleh dikatakan kawasan ini agak teruk terjejas - ada beberapa rumah di sini yang tenggelam 100% dan rosak teruk.


kawasan kampung Bertam Baru, Gua Musang.

kawasan kampung Bertam Baru, Gua Musang.

Jalan tar mendap .





Pengagihan bantuan kpd penduduk2 kampung Bertam Baru, Gua Musang.

Pengagihan bantuan kpd penduduk2 kampung Bertam Baru, Gua Musang.

Presiden ITD Club bersama seorang penduduk kampung Bertam Baru, Gua Musang.






Perjalanan diteruskan & kami tiba di bandar Kota Bharu sekitar jam 8 pm. Perjalanan adalah sedikit lewat kerana kesesakan lalulintas di kawasan Kuala Krai.

*** 05 Jan 2015 ***
Pada hari Isnin, kami melakukan kerja-kerja pembersihan & pemulihan di rumah keluarga kami sendiri :

1. Ahmad Fahmi - rumah ibu bapa di Tmn Seri Pekan, Wakaf Bharu, Kelantan.
2. Che Habiel - rumah ibu bapa di Kmpg Pauh Ganja, Wakaf Bharu, Kelantan.
3. Mohd Farid Sani - rumah nenek di Jalan PCB, Kota Bharu, Kelantan.

Pada malam nya, kami melakukan lawatan ke rumah mertua Shah Reza, di Berek 12, Kota Bharu. bro Shah Reza mengalami demam teruk sejak balik ke Kota Bharu beberapa hari lalu.



*** 06 Jan 2015 ***
Pada hari Selasa, 06 Jan 2014,  kami telah melakukan lawatan ke kampung bawah lembah, Pasir Pekan, jajahan Tumpat, Kelantan. Kawasan ini berada di lokasi di tepi sungai Kelantan. Air sungai di sini naik hingga ketinggian 10-12 kaki dari permukaan tanah.
Kami telah mengagihkan semua baki barang² yang ada kepada penduduk-penduduk di sini. Menurut mereka, tidak banyak bantuan yang hadir untuk mereka setakat pada hari tersebut.



Air naik mencecah sehingga melepasi tingkap (kira-kira dalam 10 kaki dari tanah)









Ustaz Wan Mahmood, imam di kawasan kampung tersebut.

Pengagihan barang2 kepada penduduk setempat.

Lawatan ke rumah makcik Fahmi - air naik paras pinggang di dalam rumah ini.

Di sini kami ingin mengucapkan jutaan TERIMA KASIH kepada semua staff ITD yang terlibat secara langsung & tidak langsung dalam projek ini.

Terima kasih di atas semua sumbangan-sumbangan yang telah diberikan. Alhamdulillah kami telah sempurna mengagihkan kesemuanya kepada orang-orang yang memerlukan. Alhamdulillah.
Semoga Allah s.w.t. mengurniakan ganjaran kepada tuan-tuan puan-puan semua InsyaAllah.

Semoga kita berjumpa lagi pada program yang akan datang.

- Presiden, ITD Club -


*** Sedikit gambar² bencana banjir di Kuala Krai  ***


Sekolah di Manek Urai Baru, Kuala Krai.

Sekolah di Manek Urai Baru, Kuala Krai.






















Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.