Skip to main content

Posts

Pasca... Majlis Iftar ITD 1435H - tahun 2014

Alhamdulillah, pada 11 July 2014 yang lalu, ITD di bawah kelolaan & kerjasama ITD Club & Dept. Arife, satu majlis iftar (berbuka puasa) telah selamat diadakan. Majlis iftar tersebut telah diadakan di Multipurpose Hall, Kuliyyah of ICT, IIUM. Antara acara-acara yang dijalankan pada majlis tersebut ialah : 1. Bacaan Al Quran oleh Bro. Mohamad Shahir Wafi 2. Ucapan alu-aluan oleh : a. Ketua Program - Bro Ahmad Fahmi Yusof b. Pengarah ITD - Prof Mohd Adam Suhaimi 3. Penyampaian Tazkirah oleh Sis. Siti Rohani Shari. 4. Penyampaian Sijil Penghargaan & Token untuk : a. ex-AJK ITD CLub 2010-2012 b. MC majlis tazkirah mingguan c. Penyampai bacaan Al-Quran & Tazkirah 5. Persembahan Nasyeed - oleh Staff Lelaki ITD Di sini, saya selaku Ketua Program ingin mengucapkan ribuan TERIMA KASIH kepada semua staff ITD yang hadir & juga untuk keluarga staff semua, juga TERIMA KASIH untuk staff-staff yang memberi sumbangan wang ringgit & yang membawa potluck makanan. ...

Ucapan Selamat Menyambut Ramadhon ...

Assalamualaikum semua warga ITD Club. P ada hari Jumaat yg mulia ini di pengakhir Syaaban, dengan rendah diri saya & semua AJK ITD CLUB  ingin mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan Antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yang sengaja mahu pun tak sengaja, yang tersembunyi mahu pun terang-terangan, yang berniat mahu pun tak berniat.  Segala gurauan hanyalah utk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri. Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini, dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan kerahmatan seperti mana yang dijanjikanNya.  Amin insyaAllah.  Selamat menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak. Presiden, ITD Club 2014-2016. Gambar hiasan

Tahniah Bro Farid ... juara Liga Fantasy Arena 2014

Salam. Tahniah diucapkan daripada ITD Club kepada bro Mohd Farid Mohd Sani, di atas kejayaan merangkul kejuaraan Liga Fantasy Arena ( Liga ITD) 2014. Kejohanan yang bermula sejak Jan 2014 ini, telah disertai oleh seramai 15 orang pemain - telah sepakat untuk memberi hadiah istimewa kepada sang juara . Sebiji bolasepak berkualiti tinggi telah dicari dan dihadiahkan kepada bro Mohd Farid. TAHNIAH !! Hadiah disampaikan oleh Bro Fahmi, Presiden ITD Club kepada Bro Farid. Bro Farid & bro Safwan (Administrator Liga Fantasy Arena 2014) Kedudukan terakhir Liga ITD 2014

Syafakillah ... Madam Siti Zarina

Pada 17 Jun 2014, Madam Siti Zarina (HOD Apps2) telah disahkan demam denggi dan telah dimasukkan ke KPJ Tawakkal Specialist Hospital (Room 1013) Kami di ITD CLUB mendoakan semoga Madam Zarina sembuh dengan segera, InsyaAllah. Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda: مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “ Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu kelelahan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau kesedihan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.”  (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)

Tahniah Madam Hairul Laila ... new baby born

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Sekalung tahniah kami ucapkan kepada Madam Hairul Laila (HOD Apps1) dan suami di atas kelahiran cahaya mata ke-4 (baby boy) seberat 3.16kg pada 13 Jun 2014 jam 9.47am. Semoga cahaya mata lelaki yang baru lahir ini menjadi anak yang soleh. Kami di ITD CLUB turut tumpang gembira di atas kehadiran anak kecil  ini bersama semua staff ITD. TAHNIAH !!!

Tahniah bro Hasnol ... new baby born

Salam. Pagi ini diterima mesej daripada bro Hasnol seperti berikut : " Alhamdulillah, isteri saya telah selamat melahirkan anak lelaki seberat 3.3 kg pada 3/6/14 pukul 11.31 mlm tadi secara pembedahan (caesarean)." Tahniah diucapkan untuk bro Hasnol & isteri, daripada ITD CLUB. Semoga anak ini akan menjadi pewaris anda & menjadi anak yang soleh & beriman. Amin.

Melawat ke rumah anak2 yatim piatu di Cheras

Salaam. Pada 30 May 2014 yang lalu, ITD CLUB telah melakukan satu lawatan muhibbah ke rumah pasangan Allahyarham Jefri bin Mohd Zain & Allahyarhamah Norsalawati Ibrahim yang telah terlibat kemalangan maut digilis lori di Jalan Chan Sow Lin ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, pada 23 May 2014. ( Baca sini ) ITD CLUB telah hadir ke rumah tersebut untuk menyampaikan sedikit bantuan kepada 5 orang anak-anak kepada pasangan tersebut yang sudah menjadi yatim piatu. Buat masa sekarang, mereka dijaga oleh Puan Ina, iaitu adik kepada Allahyarham Jefri bin Mohd Zain. ITD CLUB di sini telah selamat menunaikan hajat tuan2 puan2 yang telah memberi sumbangan ini & kami berharap semoga sumbangan ini dapat meringankan beban anak2 ini. Kepada yang ingin memberi bantuan kewangan kepada mereka bolehlah salurkan bantuan anda ke : 1)  Bank BSN - akaun no  : 1417141000029717 (Fatin Adlina bt Jefri) 2) Bank RHB -- akaun no : 16454400003709 (Fatin Adlina bt Jefri) Atau bol...

Selamat Maju Jaya ... bro. Zainul Ariff

Salaam. Pada 30 May 2014 yang lalu, merupakan hari terakhir bagi Bro Zainul Ariff berkhidmat sebagai staff part-time di IT Division, IIUM. Di sini ITD Club ingin mengucapkan terima kasih di atas khidmat yang telah dicurahkan kepada kebanyakan department di ITD & juga kepada banyak staff. Tahniah juga diucapkan kepada Bro Zainul Ariff kerana berjaya mendapat tempat baru untuk berkhidmat utk PERKESO di Maran, Pahang. Selamat Maju Jaya diucapkan.

Mohon Bantuan Semua ... anak2 yatim di Cheras

Salaam. Mohon bantuan kewangan & lain-lain untuk anak2 ini yang kehilangan ibu bapa pagi tadi. Anak2 arwah mangsa kemalangan maut di Jalan Chan Sow Lin pagi tadi (23 MAy 2014). Susulan kes kemalangan maut pasangan suami istri yg jatuh & digilis lori ketika dalam perjalanan ke tempat kerja pagi tadi. Pasangan tersebut meninggalkan 5 orang anak. Allah.. sekelip mata yatim piatu..nasib kita belom tahu... Allahuakbar Rumah Mangsa :- 3-2-18 blok 3,jalan 7/154d,taman desa cheras,cheras. KL. Butir-butir simati: (1) Jefri bin mohd zain. Melayu Lelaki 50 tahun. (2) Norsalawati Binti Ibrahim Perempuan Melayu 40 tahun M/sikal no: WDW7037 jenis honda ex5. Ringkasan kes. Kemalangan blaku pd 23/5/2014@0800hrs dari arah Cheras mghala susur jln Chan Sow Lin  mlibatkan 1 m/sikal dan 1m/lori nom tidak pasti dpercayai m/sikal terbabit trjatuh akibat hilang keseimbangan lalu terjatuh dan dilanggar oleh 1 m/lori. Mangsa meninggal dunia di tempat...

IIUM STAFF GAMES 2014 - BOLASEPAK (AL SUFI)

Salaam. Di dalam Staff Games 2014, bolasepak adalah sukaan yang popular dan diminati ramai. Staff ITD juga tidak ketinggalan dalam menyertai sukan ini. Kami telah menghantar beberapa pemain untuk menyertai pasukan bolasepak AL-SUFI yang dianggotai staff dari ITD, CPD, RMC , dll. Antara staff2 ITD yang menyertai sukan ini ialah : - Bro Zahir (merangkap pengurus), Sauffee, Hafizuddin, Safwan Saaid, Mohd Farid, Zulhusni, Muhammad Izzat, Shawalfitri, Azryreza, Mohd Nazri, dll. - Bro Asnalizam pula dilantik sebagai jurulatih pasukan. Pasukan AL-SUFI telah bermain 2 perlawanan setakat ini iaitu : 1. 15 May 2014 -- AL SUFI vs AL ZAHRAVI (CFS)  -- kalah 0-4 2. 19 May 2014 -- AL SUFI vs AL GHAZALI (Sports)  -- kalah 2-4 ( 2 gol dijaringkan oleh Hafizuddin & Safwan Saaid  ) 3. 21 May 2014 --  AL SUFI vs IBNU-SINA (Chancellory)   -- kalah 0-2 Untuk kedudukan semasa sila lawati updates di link ini :  click here ** Keputusan sukan lain FAS...