Skip to main content

Melawat ke rumah anak2 yatim piatu di Cheras

Salaam.
Pada 30 May 2014 yang lalu, ITD CLUB telah melakukan satu lawatan muhibbah ke rumah pasangan Allahyarham Jefri bin Mohd Zain & Allahyarhamah Norsalawati Ibrahim yang telah terlibat kemalangan maut digilis lori di Jalan Chan Sow Lin ketika dalam perjalanan ke tempat kerja, pada 23 May 2014. ( Baca sini )

ITD CLUB telah hadir ke rumah tersebut untuk menyampaikan sedikit bantuan kepada 5 orang anak-anak kepada pasangan tersebut yang sudah menjadi yatim piatu. Buat masa sekarang, mereka dijaga oleh Puan Ina, iaitu adik kepada Allahyarham Jefri bin Mohd Zain.

ITD CLUB di sini telah selamat menunaikan hajat tuan2 puan2 yang telah memberi sumbangan ini & kami berharap semoga sumbangan ini dapat meringankan beban anak2 ini.

Kepada yang ingin memberi bantuan kewangan kepada mereka bolehlah salurkan bantuan anda ke :

1)  Bank BSN - akaun no  : 1417141000029717 (Fatin Adlina bt Jefri)

2) Bank RHB -- akaun no : 16454400003709 (Fatin Adlina bt Jefri)

Atau boleh berhubung dengan adik arwah, Puan Ina - 019-6065911.

Terima kasih semua. Hanya ALLAH s.w.t. yang mampu membalasnya.

- ITD CLUB -

----------------------------------------------------------------------------------------------

Hukum bersedekah kepada anak yatim adalah sunat. Namun lebih afdhal jika sedekah itu dihulurkan kepada anak yatim dari kalangan keluarga atau saudara mara terdekat jika ada. Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:

“Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui: Apa dia amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan itu?(12)(Di antaranya bagi orang yang mampu) ialah memerdekakan hamba sahaya;(13) atau memberi makan pada hari kelaparan-(14)kepada anak yatim dari kaum kerabat.(15)”
(Surah al-Balad: 12-15)

Maksud ayat ke-15 dari surah al-Balad di atas adalah afdhal bersedekah kepada anak yatim dari kalangan kerabat berbanding yang bukan dari kalangan kerabat. Begitu juga afdhal bersedekah kepada anak yatim yang tiada mempunyai penjaga berbanding anak yatim yang mempunyai penjaga.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Ganjaran Syuraga Bagi Penjaga Anak Yatim :
Daripada Sahal bin Sa’ad RA katanya, sabda Rasulullah SAW, “Saya dan penjaga anak yatim berada dalam syurga begini, dan baginda menunjukkan dengan jari telunjuk dan jari tengah dan baginda merenggangkan antara kedua-dua jarinya”.

-------------------------------------------------------------------------------------------------



Bantuan disampaikan oleh Bro Fahmi (Presiden ITD Club)

Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.