Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2024

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H ...

Salam. ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445Hijriah  untuk semua staff ITD. Semoga raya kali ini dapat memberi kegembiraan dan kebahagiaan buat anda semua. ITD Club ingin menyusun jari memohon ampun dan maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan dan perkhidmatan kami semua. InsyaAllah kita semua akan diberkati Allah swt. ITD Club.

Pasca... Majlis Iftar ITD 1445H - tahun 2024

04 Apr - Satu majlis iftar buat seluruh staf ITD telah dianjurkan oleh pihak ITD Club, pada 04 April 2024 yang berlokasi di BYOD Lab ITD dan kawasan kebun ITD. Alhamdulillah, hampir 100 hadirin yang telah menghadirkan diri ke majlis ini. Majlis ini telah dimulakan oleh Emcee (Bro Hafizuddin Ruslan) dan diikuti dengan bacaan surah Yassin oleh bro Syafiq Asyraf dan majlis telah diteruskan dengan bacaan tahlil ringkas oleh bro Raziq Irfan. Presiden ITD Club, bro Fahmi Yusof, selaku Head of Program untuk majlis iftar kali ini, juga telah memberikan sedikit kata-kata aluan dan mengalu-alukan kehadiran staf ITD dan famili mereka. Majlis ini juga turut dihadiri oleh Prof Norbik Bashah (CDO ITD) dan Madam Nurmaliza Jumaat (Direktor ITD). Juadah kali ini adalah  sumbangan daripada hamba² Allah dan keluarga ITD sendiri, & semoga Allah membalas jasa baik mereka semua. Majlis ini telah berlangsung dengan cukup baik dan telah berakhir sekitar jam 9pm. Ampun maaf andai ada sebarang kekurangan &