Skip to main content

ITD Raya Gathering 1444H / 2023 ...


19 May 2023 - Satu majlis Hari Raya Gathering ITD telah dilangsungkan oleh ITD Raya Committee, di BYOD Lab, IT Division, IIUM Gombak, Selangor.

Majlis telah berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah, dan dihadiri oleh majoriti staff ITD (Gombak) dan juga beberapa staff ITD dari jabatan dan kampus lain, dan juga beberapa ex-staff ITD turut menghadirkan diri. Staff² daripada KCDio lain juga turut hadir bagi memeriahkan majlis raya ini.

Emcee majlis pada tahun ini adalah bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club) dan ditemani oleh Cik Azni Syahirah bt Azhari, staf baru ITD 2023.

Majlis raya pada tahun ini juga, turut diadakan majlis farewell untuk bekas Direktor ITD, iaitu Madam Masita bt A. Rahman, yang telah bersara wajib pada 11 May 2023. Jabatan akhir beliau bertugas ialah di IIUM Dar Al-Hikmah Library. ITD Club mengucapkan Selamat Bersara & Selamat Maju Jaya kepada Madam Masita. < farewell video >

Turut hadir ke majlis raya ITD pada tahun ini adalah Presiden IIUM, Tan Sri Samsudin Osman. Kehadiran beliau ke majlis ini adalah yang julung² kali dalam sejarah ITD.

Sebanyak 20 hadiah misteri telah dimenangi oleh staff² ITD menerusi sesi Special Lucky Draw, yang telah dibuat pada akhir majlis (sesi petang).

Jutaan terima kasih diucapkan pada semua committee members yang telah membantu untuk menjayakan program raya ITD pada tahun ini. Juga berbanyak terima kasih diucapkan pada penyumbang² yang telah memberi sumbangan wang, barangan dan makanan (potluck) dan juga tenaga kerja, bagi menjayakan program ini.


** Full Photo Album : click here

** Video Farewell buat Madam Masita : click here























Comments

Popular posts from this blog

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

ITD CLUB Bowling Tournament PIALA PENGARAH ITD 2024 @Selayang Mall

14 July 2024 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Lite Superbowl JB 6, Selayang Mall, Selayang. Kejohanan ini diadakan adalah bagi adalah bagi merebut PIALA PENGARAH ITD yang julung² kali dibuat bermula pada 2024. Kali terakhir kejohanan bowling ini berlangsung adalah pada tahun 2017 . Pertandingan yang dianjurkan oleh ITD Club ini telah disertai oleh 14 pasukan, dengan jumlah 56 orang pemain, yang telah berdaftar awal. 13 pasukan adalah diwakili daripada staff ITD semasa dan 1 pasukan jemputan iaitu diwakili bekas² staf ITD (Alumni). Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli keluarga staff² ITD. Pasukan jemputan, iaitu pasukan ALUMNI ITD telah mewarnai kejohanan ini, dibarisi oleh bro Mohd Zahir bin Mat Salleh, bro Shahreza Ahmad dan bro Rafiulddin Marzuki. Pemain wanita, sis Nor Aishah bt Hamid, tidak dapat turut serta kerana ada hal famili walaupon nama beliau telah didaftarkan. Beliau

ITD Raya Gathering 1445H / 2024

02 May 2024  - Satu majlis ITD Raya Gathering 1445H telah dilangsungkan oleh ITD Raya Committee, yang telah bertempat di BYOD Lab, IT Division, IIUM Gombak, Selangor. Majlis telah berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah, dan dihadiri oleh majoriti staff ITD (Gombak) dan juga beberapa staff ITD dari jabatan dan kampus lain (Kuantan, Pagoh), dan juga beberapa ex-staff ITD turut menghadirkan diri. Ramai staff² daripada KCDio lain juga turut hadir bagi memeriahkan majlis raya pada kali ini. Emcee majlis pada tahun ini adalah - bro Mohd Mawardi dan ditemani oleh sis Siti Azizah Abas, yang merupakan staf baru ITD 2023 dan 2024. Majlis raya pada tahun ini juga, turut diadakan majlis farewell untuk bekas Deputy Direktor ITD (N48), iaitu MadamWan Surbani bt Wan Omar, yang telah berpindah ke IIUM Press pada 15 Feb 2024. Selamat Maju Jaya diucapkan buat Madam Wan Surbani. Majlis farewell juga turut diadakan untuk menghargai sis Dayang Dahliana bt Awang Talip, yang bakal bersara awal pada