Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2023

ITD Raya Gathering 1444H / 2023 ...

19 May 2023 - Satu majlis Hari Raya Gathering ITD telah dilangsungkan oleh ITD Raya Committee, di BYOD Lab, IT Division, IIUM Gombak, Selangor. Majlis telah berlangsung secara sederhana tetapi cukup meriah, dan dihadiri oleh majoriti staff ITD (Gombak) dan juga beberapa staff ITD dari jabatan dan kampus lain, dan juga beberapa ex-staff ITD turut menghadirkan diri. Staff² daripada KCDio lain juga turut hadir bagi memeriahkan majlis raya ini. Emcee majlis pada tahun ini adalah bro Fahmi Yusof ( Presiden ITD Club ) dan ditemani oleh Cik Azni Syahirah bt Azhari, staf baru ITD 2023. Majlis raya pada tahun ini juga, turut diadakan majlis farewell untuk bekas Direktor ITD, iaitu Madam Masita bt A. Rahman, yang telah bersara wajib pada 11 May 2023. Jabatan akhir beliau bertugas ialah di IIUM Dar Al-Hikmah Library. ITD Club mengucapkan Selamat Bersara & Selamat Maju Jaya kepada Madam Masita. < farewell video > Turut hadir ke majlis raya ITD pada tahun ini adalah Presiden IIUM, Tan S

Selamat Bersara dan Selamat Maju Jaya... buat Madam Masita A. Rahman

  19 May 2023  - ITD Club ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan  SELAMAT  BERSARA & SELAMAT MAJU JAYA  buat ex Director ITD, iaitu Madam Masita binti A. Rahman, di atas persaraan wajib beliau dari IIUM. Secara rasmi khidmat beliau telah tamat pada 11 May 2023. Beliau berkhidmat di ITD sejak 2001 sehingga 2019, dan telah berpindah ke IIUM Library sejak 2019 sehingga May 2023. Pihak pengurusan ITD telah mengadakan satu majlis farewell khas bagi meraikan Madam Masita pada 19 May 2023, untuk memperingati dan memberi penghargaan di atas khidmat beliau sepanjang bertugas di ITD sejak 2001 sehingga 2019. ITD Club juga ingin mengucapkan selamat maju jaya buat Madam Masita, terima kasih di atas segala khidmat yang telah dicurahkan di ITD selama ini, dan semoga berjaya di dalam apa jua bidang selepas ini. Semoga kita ketemu lagi. - ITD CLUB - Link video di Youtube :   https://youtu.be/3bQzgc8Zc3g   Gambar² semasa majlis farewell untuk Madam Masita ...