Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2022

Selamat Maju Jaya bro. Safwan Saaid

31 Oct 2022  - Setelah berkhidmat di ITD dan IIUM sejak 01 Nov 2013, akhirnya tiba masanya beliau meninggalkan IIUM. Bro Safwan bin Saaid, memulakan khidmat sebagai seorang technician (J17) sejak Nov 2013, dan beliau dinaikkan ke jawatan Asst. Engineer IT (JA29) pada Jan 2015. Beliau akan menamatkan khidmat beliau di ITD dan IIUM pada 31 Oct 2022 , kerana akan berhijrah ke sektor swasta. Bro Safwan Saaid, yang berasal dari Pulau Pinang, juga pernah mewakili ITD dalam banyak aktiviti sukan bolasepak, futsal, pingpong dan bolatampar. Beliau juga adalah pemain bolasepak dan futsal mewakili IIUM dalam beberapa pertandingan yang disertai IIUM. Bro Safwan Saaid juga merupakan Ketua Biro Sukan ITD club penggal 2018-2020, yang mana beliau telah membantu dan menjalankan khidmat biro sukan dengan baik sekali, di mana banyak program sukan di ITD telah berjalan dengan lancar. Banyak kejayaan yang telah dicapai oleh atlit² ITD dalam tempoh tersebut. Akhir kata, ITD CLUB ingin mengucapkan jutaan te