Skip to main content

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443H

 Assalamualaikum, buat semua ITDians, sahabat dan kenalan ...

Pada hari yang mulia ini di pengakhiran Syaa'ban, dengan rendah diri saya & semua AJK ITD CLUB  ingin mohon maaf atas segala kelemahan, kekurangan, kesilapan dan kekhilafan Antara kita. Yang tersirat mahupun tersurat, yang sengaja mahu pun tak sengaja, yang tersembunyi mahu pun terang-terangan, yang berniat mahu pun tidak berniat. Segala gurauan hanyalah untuk menghiburkan hati bukan menyakiti hati sesama sendiri.

Semoga Allah mempermudahkan ibadat puasa kita tahun ini, dan semoga ibadat kita mendapat pahala dan kerahmatan seperti mana yang telah dijanjikan-Nya.

Amin InsyaAllah.


Marhaban Ya Ramadhan, 

Pucuk Selasih Bertunas Menjulang, 

Dahannya Patah Tolong Betulkan, 

Puasa Ramadhan Kembali Menjelang, 

Salah Dan Khilaf Mohon Dimaafkan, 

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 1443H.


Presiden, ITD Club 2021/23.




Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.