Skip to main content

Posts

Showing posts from 2021

So Long, Farewell... bro Hasni Abdul Rahman

31 Dec 2021, hari ini adalah akhir beliau berkhidmat di IIUM dan sebagai staff Information Technology Division (ITD). Untuk rekod, bro Hasni, (staff no : 2874),  telah memulakan karier di IIUM pada 14 April 1997 sebagai seorang Technician (IT) di bidang telekomunikasi. Beliau telah berkhidmat di IIUM hampir 25 tahun dan bersara di ITD sebagai Penolong Jurutera (Asst. Engineer) di gred akhir sebagai JA29, dan beliau telah untuk bersara awal (Optional Retirement) pada tarikh tamat perkhidmatan pada 01 Jan 2022. ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan  Selamat Maju Jaya  kepada  bro Hasni bin Abdul Rahman , di atas hari persaraan beliau ini. Di-doakan semoga bro Hasni akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Hasni, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerjasam

Bantuan Kilat untuk staff yang terkesan musibah banjir Dec 2021

 24 Dec 2021 - Hari ini mewakili pihak ITD, melalui usaha sama ITD Club dan ITD Admin (ARiFe), telah berjaya mengumpul dan menyampaikan sedikit sumbangan derma kilat untuk staff² ITD yang telah terlibat dan terkesan dengan musibah banjir yang telah berlaku pada 17-19 Dec 2021 di negeri Selangor, yang merangkumi kawasan² di Shah Alam, Klang, Puchong, Hulu Langat, Gombak dan sekitarnya. Antara staff ITD yang terkesan dengan musibah banjir kali ini adalah : Muhammad Izzat Bahaman - Hulu Langat, Selangor. Mohd Shazaruddin @ Oden - Klang Muhammad Aidil - Klang  sis Fazilah - Seksyen 19, Shah Alam bro Mahathir Kasan - Seksyen 24, Shah Alam Haji Hasni Abdul Rahman - Sg Cincin, Gombak. Lawatan muhibbah telah dilakukan ke rumah bro Mahathir Kasan di Seksyen 24, Shah Alam, pada 22 Dec 2021, yang disertai oleh Madam Fazlinda Ayu, sis Norliza (Cik L) dan bro Helmi Joe. Bantuan kepada bro Izzat dan sis Fazilah telah dibuat secara online banking, disebabkan pada masa ini, mereka masih bercuti untuk

i-STAR 2021 ... A Tribute Video - ITD Athletes

 Atlit² ITD di kejohanan i-STAR 2021 ... ... A Tribute Video (ITD Athletes)

i-STAR 2021: atlit² ITD bawa pulang 2 EMAS, 2 PERAK, 1 GANGSA

26 Nov 2021 - Tahniah buat atlit² ITD yang telah berjaya membolot beberapa pingat dalam acara sukan  IIUM Staff Racquet Games (i-STAR) 2021 , yang telah berlangsung dari 18-26 Nov 2021. 3 jenis sukan telah dipertandingkan iaitu - Badminton, Tennis dan Pingpong . Bagi kejohanan ini, atlit² ITD telah berjaya membawa pulang pingat sebanyak;  2 EMAS, 2 PERAK, dan 1 GANGSA. Sukan Badminton dan Pingpong telah memberi banyak kemenangan kepada atlit² ITD dalam kejohanan ini. * PINGAT EMAS: Badminton (Men Veteran Double) - Abdul Hakim (Paklang)  ... pair dengan Saforazurdi (KOE) Pingpong (Men Senior Double) - Azizulkefly (ITD zon IRKHS) ... pair dengan Dr Aiman (KOE) * PINGAT PERAK : Pingpong (Men Senior Double)  - Ahmad Fahmi Yusof  ... pair dengan Ustaz Mat Salleh (CELPAD) Badminton (Men Senior Double) - Hairulnizam (Nik) & Farid Kereyah * PINGAT GANGSA: Badminton (Men Senior Double)  - Mohd Arni & Syed Hazrul  Ada beberapa atlit ITD lain juga turut menyertai kejohananan ini seperti

i-STAR 2021 : kem Pingpong bawa pulang pingat EMAS, PERAK

18 Nov 2021 - Atlit² ITD telah berjaya membawa pulang pingat  EMAS dan PERAK ,  dalam acara sukan Pingpong ( Men Senior Double ) i-STAR 2021 , yang telah dianjurkan oleh SDC pada 18 Nov 2021 yang telah berlangsung di Female Sports Complex, IIUM. Untuk tahun ini, ITD telah menghantar dua orang wakil untuk bertanding di pertandingan Pingpong  i-STAR 2021 . Mereka ialah: Men Senior Double  - Azizulkefly (ITD) / Dr Aiman Sukindar (KOE) Men  Senior  Double  - Fahmi Yusof (ITD) / Ustaz Mat Salleh (Celpad) Sebanyak 5 pair yang telah mendaftarkan diri untuk pertandingan kali ini. Acara Men Veteran pula terpaksa dibatalkan kerana tidak cukup penyertaan, dan juara veteran 2019 , bro Fahmi/Ustaz Mat Salleh, terpaksa diletakkan bertanding di dalam acara Men Senior. Dalam perlawanan penentuan juara, pasangan Azizulkefly/Dr Aiman ( juara men senior 2019 ) telah berjaya menumbangkan pasangan Fahmi/Ustaz Mat Salleh ( juara men veteran 2019 ) dengan keputusan 3-0. Pasangan Fahmi/Ustaz Mat Salleh pula b

Selamat Maju Jaya bro Adis Nabawi

 28 Oct 2021 - Setelah berkhidmat di ITD dan IIUM sejak Nov 2016, akhirnya tiba masanya beliau meninggalkan IIUM. Bro Adis Nabawi, seorang pegawai IT (F41) akan menamatkan khidmat beliau di ITD dan IIUM pada 31 Oct 2021 dan berhijrah ke sektor swasta. Bro Adis telah berkhidmat di Unit i-Collab and Web services, di bawah kendalian bro Abu Hurairah, sepanjang 5 tahun khidmat beliau di ITD. Banyak projek applikasi² yang berjaya dibangunkan oleh bro Adis dan pasukan beliau sepanjang perkhidmatan beliau di IIUM. Bro Adis yang berasal dari Kedah ini, juga pernah mewakili ITD dalam aktiviti sukan bolasepak dan futsal, dalam pertandingan IIUM Staff Games. Akhir kata, ITD CLUB ingin mengucapkan berbanyak terima kasih di atas khidmat yang telah dicurahkan semasa di ITD, dan setinggi-tinggi  Selamat Maju Jaya  kepada bro Adis Nabawi, semoga penghijrahan ini memberi satu lembaran baru yang positif kepada bro Adis. You are irreplaceable! Thank you for being a real inspiration to us. Selamat Maju J

Tahniah Sis Nurfazliani ... new baby born

  Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Sis Nurfazliani bt Ismail (F29 ITD) kerana beliau telah melahirkan dan telah dikurniakan seorang  cahaya mata lelaki  pada hari Isnin, 04 Oct 2021, jam 8:15pm. Di-doakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang soleh dan memberi kebahagiaan kepada  Sis Nurfazliani sekeluarga.  InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club.

Tahniah bro Khairul Sazaney ... new baby born

 Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Br. Mohd Khairul Sazaney kerana isteri beliau telah melahirkan dan telah dikurniakan cahaya mata lelaki pada hari petang Khamis, 16 Sep 2021, di mana anaknya telah dilahirkan di Hospital Bersalin Az Zahra, Bangi, Selangor. Di-doakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang soleh dan memberi kebahagiaan kepada  Br. Khairul Sazaney sekeluarga.  InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club.

So Long, Farewell ... bro Munir Suhaimee

 15 Sep 2021, hari akhir beliau berkhidmat di IIUM dan jabatan akhir beliau adalah berkhidmat sebagai staff Information Technology Division (ITD), IIUM yang diletakkan bertugas di zon IT-KAED. Untuk rekod, persaraan ini adalah pertama kali bagi staf gred F yang bersara genap umur 60 tahun di IIUM, dan bro Munir adalah orang pertama yang mencipta rekod bersara dalam kategori tersebut. ITD CLUB ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada bro Munir Suhaimee , di atas hari persaraan ini. Semoga bro Munir akan terus maju jaya di dalam apa jua bidang baru yang beliau akan ceburi selepas bersara ini. ITD CLUB juga sebagai wakil kepada semua staff ITD, ingin menyusun jari memohon maaf kepada bro Munir, andai ada salah silap tersalah tuturkata dan apa jua yang terkhilaf, sepanjang mana kita mengenali dan bekerjasama dengan bro Munir. Semoga persaraan ini diberkati Allah s.w.t. dan semoga kita ketemu lagi di masa hadapan nanti, InsyaAllah. ITD CLUB. ps: Sumbangan Ap

Salam Takziah buat bro Khairulannuar ... ayahanda meninggal dunia.

 Assalamu'alaikum. Dukacita dimaklumkan bahawa ayah kpd Bro Khairul Annuar bin Mat Tahir (Information Tech. Officer [F41], ITD) telah meninggal dunia sekitar jam  6:54 am, pagi tadi, 09 Sep 2021 (Khamis), di Hospital Selayang. Salam takziah buat bro Khairul Annuar dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna laihi roji'un اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir lahu warhamhu wa’aa fiha wa’fu anhu. Sama² lah kita doa-kan semoga arwah ayahanda bro Khairulannuar ditempatkan di kalangan para solehin dan dicucuri rahmat oleh Allah swt. -ITD CLUB-

Salam Ulangtahun Hari Kemerdekaan ke 64

Sambutlah hari kemerdekaan kali ini dengan lebih bersemangat dengan jiwa yang penuh dengan semangat patriotisma! Selamat Menyambut Ulangtahun Hari Kemerdekaan yang ke-64. ITD CLUB.

Salam Takziah buat bro Norhisham... ibu pergi menemui Ilahi

 Assalamu a'laikum warahmatullah, Untuk makluman semua, ibu kepada bro. Norhisham bin Sa'adon (staff ITD yang bertugas di Zone 3, KAED), telah pergi menemui Ilahi pada hari ini, 26 Aug 2021. Kita sama² doakan semoga roh Allyarhamah ibu kepada Bro. Norhisham akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Salam takziah diucapkan buat bro Norhisham dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna laihi roji'un اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir laha warham ha wa’aa fiha wa’fu anha -ITD CLUB-

Selamat Maju Jaya ... wakil² ITD ke SukanunVE 2021

 ITD CLUB mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD yang telah mewakili IIUM ke pertandingan sukan SUKANUN Virtual Edition (VE) 2021 yang bermula pada 19 Aug 2021 yang telah dianjurkan oleh UiTM selaku tuan rumah. Mereka yang dimaksudkan ialah : bro Syed Hazrul - sukan CALL of DUTY (mobile) bro Safwan Saaid - sukan PES2021 ITD CLUB juga mendoakan semoga atlit² sukan virtual ITD ini dapat memberikan saingan sengit kepada lawan masing-masing, dan mampu membawa pulang pingat kemenangan. InsyaAllah. Bro Safwan Saaid Bro Syed Hazrul

Salam Takziah buat Nuruddin ... isteri dijemput Ilahi.

Assalamu a'laikum warahmatullah, Untuk makluman semua, isteri terchenta kepada bro Nuruddin bin Razali , telah dijemput Ilahi pada 10 August 2021, (jam 1 am) di kampung isterinya di Tangkak, Johor. Kita sama² doakan semoga roh Allyarhamah Nur Haslinda binti Rahmat (isteri Nuruddin) akan ditempatkan di kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Salam takziah buat bro Nuruddin dan keluarga. إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن   Innalillahi wa inna laihi roji'un اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُمَا وَارْحَمْهُمَا وَعَافِهِمَا وَاعْفُ عَنْهُمَا Allaahummaghfir laha warham ha wa’aa fiha wa’fu anha ----------------------------------------------------------------------------------------------------- Sekiranya ada di antara tuan² puan² yang ingin memberikan sedikit sumbangan kepada bro Nuruddin dan anak² beliau, anda boleh berbuat demikian di akaun seperti berikut: 512400514650 Maybank Nuruddin bin Razali Semua sokongan dan usaha baik anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. JKKK

Salam Ma'al Hijrah 1443H ...

 ‎ السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه Di sini kami di pihak ITD CLUB ingin mengucapkan selamat menyambut Salam Ma'al Hijrah 1443H kepada semua warga ITD di mana jua anda berada. Diharapkan dengan meninggalkan tahun 1442 Hijrah yang lalu, kita lalui dengan keaadaan bersih dari dosa dan salah faham, dan didoa-kan agar tahun baru 1443 Hijrah yang baru tiba ini akan menjadi lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya yang sudah kita lewati. Semoga apa yang bakal kita lalui dan tempuhi akan diberkati Allah s.w.t. dan dipermudahkan segala urusan oleh-Nya. Aminn.🤲🏼 ITD CLUB.

Tahniah bro Fathul Arif ... new baby born

Assalamu'alaikum w.b.t. Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Br. Fathul Arif kerana telah dikurniakan cahaya mata perempuan pada hari Isnin, 09Aug-2021, di mana anaknya telah dilahirkan di Hospital USM (HUSM), Kota Bharu, Kelantan. Di-doakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang solehah dan memberi kebahagiaan kepada  Br. Fathul Arif sekeluarga.  InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club.

Do'a untuk isteri kepada bro Nuruddin ....

Assalamualaikum warga ITD dan semua sahabat², Di sini, kami ingin memaklumkan bahawa pada masa ini, sahabat kita, bro Nuruddin sedang berdukacita di atas kesihatan isterinya, PUAN NUR HASLINDA BT RAHMAT , yang kini sedang sakit dan masih dalam rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Kami juga ingin memohon jasa baik tuan puan untuk memanjatkan do'a ke atas Puan Nur Haslinda, agar kesakitan beliau akan berkurang dan kesihatan beliau akan semakin pulih. Kita jugakan sama-sama doa-kan semoga segala urusan bro Nuruddin akan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. Sekiranya ada di antara tuan² puan² yang ingin memberikan sedikit sumbangan kepada isteri bro Nuruddin, anda boleh berbuat demikian di akaun seperti berikut: 512400514650 Maybank Nuruddin bin Razali Semua sokongan dan usaha baik anda kami dahulukan dengan ucapan terima kasih. JKKK ITD CLUB 2021/2023.