Skip to main content

So Long, Farewell ... Goodbye bro Mohd Zahir Mat Salleh

30 Nov 2018 - Hari ini merupakan hari terakhir bro Mohd Zahir Mat Salleh, atau lebih dikenali dengan panggilan Zack, berkhidmat di ITD & juga di IIUM, sejak memulakan karier di IIUM sejak 01 Dec 2010.

Bro Zahir, seorang engineer gred J41 memulakan karier di ITD sejak Dec 2010. Beliau juga pernah memegang jawatan Biro Sukan ITD Club (2014/2016) dan juga menjadi Presiden ITD Club (2016/2018). Bro Zahir juga aktif menjawat jawatan sebagai Fellow Mahallah di IIUM untuk beberapa tahun.

Bro Zahir juga turut aktif dalam bidang sukan, yang mana pernah mewakili IIUM dalam acara bolasepak di SUKUM 2011. Beliau juga turut membantu pasukan ITD dalam pelbagai di peringkat IIUM staff games sejak 2011-2018. Bro Zahir juga turut membantu pasukan ITD dalam acara bolasepak dan futsal yang memenangi pingat silver di IIUM staff games 2018.

Di sini, ITD Club ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan bro Zahir selama berkhidmat di ITD dan ITD Club. Selamat maju jaya juga kami ucapkan kepada bro Zahir di lapangan baru yang beliau ceburi, dan kami di sini mendo'a-kan semoga bro Zahir sentiasa berjaya di luar sana. InsyaAllah.











Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.