Skip to main content

Posts

Showing posts from December, 2018

TAHNIAH sis Siti Rohani ... Selamat Pengantin Baru

Salam. Tahniah diucapkan untuk sis  Siti Rohani binti Shari , yang telah mendirikan " masjid " pada 22 Dec 2018 bersama pasangannya,  Muhamad Ramdhan bin Basri  di Pasir Mas, Kelantan. Majlis ini turut dihadiri oleh beberapa orang staff ITD (dan keluarga masing²) bagi meraikan kedua-dua mempelai. Dengan ini, pihak ITD CLUB ingin mengucapkan TAHNIAH kepada  sis Siti Rohani dan suami  di atas perkahwinan ini. Semoga mereka kekal & bahagia sehingga akhir hayat. Amin... InsyaAllah.

Lawatan Muhibah ke rumah sis Khairani ...

21 Dec 2018 - ITD Club dan beberapa wakil daripada ITD, telah mengadakan satu lawatan muhibah ke rumah sis Khairani Che Ibrahim, yang mana beliau telah mengalami patah tangan pada awal Dec 2018 lepas, akibat terjatuh di bilik air di rumahnya. Antara yang hadir ke rumah sis Khairani ialah; bro farisal (Presiden ITD Club), bro Azlan Zain, sis Siti Zarina, sis Saidah dan sis Seri Banun. ITD Club dan semua staf mendoa-kan semoga sis Khairani akan beransur pulih dan akan kembali bertugas ke ITD secepat mungkin.

Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Potluck Dec 2018

21 Dec 2018 - ITD Club would like to convey a thousand thanks to Ustaz Muhammad bin Abd Rahman (CELPAD) and all staff for coming to the " Majlis Bacaan Yasin dan Tahlil 2/2018 " today. It is hoped that the doa and the recitation will benefit our loved ones in the afterlife. Amin. ITD Club also would like to congratulate again Bro. Safwan & Bro. Sauffe for their new born baby recently.  For ITDians that have their birthday on November & December, may all of you have long life, and blessed by Allah in whatever you do. Lastly, ITD Club would like to thanks the Pot Luck Host, Infrastructure Services Section for allowing our event to coincide with their pot luck session. We also would like to thank Sr. Sarah Najwa(Instructor/Teacher) and the ITD CSR School Holiday Program 2018 participants for their entertaining performance during the Potluck session and also Sis. Shahidah Mahbob for sponsoring the goody packs for the children. Jazakumullah khairan kathir

Tahniah bro Safwan Saaid ... new baby born

Assalamualaikum w.b.t Alhamdulillah dan tahniah diucapkan kepada Br. Safwan Saaid kerana telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 09 December 2018, jam 9:03 pm di Hospital Teluk Intan, Perak. Didoakan semoga dengan kehadiran cahaya mata ini akan menjadi anak yang soleh dan memberi kebahagiaan kepada Br. Safwan Saaid isteri sekeluarga. InsyaAllah Amin. Daripada, ITD Club. * gambar hiasan

Salam Takziah Sis Khairani... alami kepatahan tangan

Assalamualaikum w.b.t.   Dimaklumkan bahawa Sr. Khairani telah mengalami patah pada tulang di tangannya dan  telah melalui pembedahan semalam. Kini beliau ditempatkan di Wad An-Nur, tingkat 6, bilik 4 Hospital Pusrawi Kuala Lumpur. Marilah kita bersama-sama mendoakan Sr. Khairani semoga cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan. Insya Allah. Amiin. ITD CLUB

So Long, Farewell ... Goodbye bro Mohd Zahir Mat Salleh

30 Nov 2018 - Hari ini merupakan hari terakhir bro Mohd Zahir Mat Salleh, atau lebih dikenali dengan panggilan Zack, berkhidmat di ITD & juga di IIUM, sejak memulakan karier di IIUM sejak 01 Dec 2010. Bro Zahir, seorang engineer gred J41 memulakan karier di ITD sejak Dec 2010. Beliau juga pernah memegang jawatan Biro Sukan ITD Club (2014/2016) dan juga menjadi Presiden ITD Club (2016/2018). Bro Zahir juga aktif menjawat jawatan sebagai Fellow Mahallah di IIUM untuk beberapa tahun. Bro Zahir juga turut aktif dalam bidang sukan, yang mana pernah mewakili IIUM dalam acara bolasepak di SUKUM 2011. Beliau juga turut membantu pasukan ITD dalam pelbagai di peringkat IIUM staff games sejak 2011-2018. Bro Zahir juga turut membantu pasukan ITD dalam acara bolasepak dan futsal yang memenangi pingat silver di IIUM staff games 2018. Di sini, ITD Club ingin mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan bro Zahir selama berkhidmat di ITD dan ITD Club. Selamat maju jaya juga kami ucapkan