Skip to main content

Posts

Showing posts from October, 2018

Salam Takziah bro Aidil ... bonda pulang ke rahmatullah

Dukacita dimaklumkan bahawa ibu kepada Br. Aidil telah pulang ke rahmatullah awal pagi tadi, 27 Oct 2018. Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuknya dan semoga rohnya tergolong di kalangan mereka yang beriman. Semoga Bro. Aidil sabar dan tabah menghadapi dugaan ini.

Sumbangan untuk bro Johari ...

23 Oct 2018 - Sedikit sumbangan hasil kutipan daripada staff ITD telah disampaikan oleh Bro Farisal, Presiden ITD Club kepada Bro Johari Malik, yang telah mengalami sakit belakang dan patah tulang rusuk, yang mana beliau telah dimasukkan ke wad pada awal September lalu. Sehingga hari ini, Bro Johari masih bercuti dan berehat (medical leave). ITD Club mendo'akan bro Johari supaya cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan, Amin.

Do'a untuk ibu bro Muhammad Aidil...

22 Oct 2018 - Dari perkhabaran terbaru, ITD CLUB telah mendapat berita bahawa ibu kepada Br. Muhammad Aidil, Puan Musalamah Binti Haji Tandang telah dimasukkan semula ke IIUM Medical Centre kerana terjatuh di rumahnya. Beliau kini berada di  "Critical Care Unit(CCU)"  di mana doktor juga mengesyaki ibunya turut mempunyai masalah jantung. ITD CLUB ingin menyeru dan memohon semua ahli club untuk sama-sama mendoakan semoga ibu Br. Aidil cepat sembuh dan semoga beliau sekeluarga dapat dipermudahkan segala urusan oleh-Nya.  Insya-Allah. Amin.

Lawatan Muhibah ke rumah bro Zulhusni

18 Oct 2018 - Satu lawatan muhibbah telah diadakan oleh ITD CLUB ke rumah bro Zulhusni, yang mana beliau telah mengalami kemalangan dalam 2 minggu lepas, di mana bro Zulhusni telah mengalami keretakan tangan kiri akibat melakukan kerja-kerja berat di rumah beliau. Lawatan ini telah disertai oleh bro Farisal (Presiden ITD CLUB), Bro Ahmad Naim, Bro Azlan dan Bro Syed Hazrul. Sedikit sumbangan ikhlas daripada staff² ITD telah disampaikan kepada bro Zulhusni. ITD CLUB mendoa-kan semoga bro Zulhusni cepat sembuh dan cepat kembali ke ITD.

ITD Club Task-Handover & Appreciation Session

10 Oct 2018 - Satu majlis " Handover Session " telah diadakan oleh Exco 2018/2020 bagi sesi perbincangan ringkas, penyerahan maklumat dan fail² berkaitan, oleh Exco lama 2016/2018 kepada exco yang baru. Berikut adalah senarai penuh Exco 2018/2020 : Presiden : bro Mohd Farisalharisi Timbalan Presiden : sis Siti Rohani Shari Setiausaha : sis Nurul Faten Shahida  Bendahari : sis Siti Raiza Misbah Ketua Biro Kebajikan : sis Emy Haryani Ketua Biro Dakwah dan Tarbiyyah: sis Nor Atiqah Masduki Ketua Biro Sukan & Rekreasi : bro Safwan Saaid Ketua Biro Ekonomi : sis Siti Rasidah Ketua Biro Media & Promosi : bro Ahmad Fahmi Yusof Hampir semua exco lama dan baru hadir di dalam perjumpaan ini. Terima kasih & jutaan penghargaan diucapkan kepada exco lama 2016/2018 di atas jasa dan khidmat yang telah diberikan dalam menjalankan tugas² di ITD CLUB. Tahniah juga diucapkan kepada semua ketua² Biro baru yang telah dilantik dan terima kasih kepada semua yang hadi

AGM2018 : New Exco for ITD Club 2018-2020

02 Oct 2018 - Hari ini telah diadakan satu majlis Annual General Meeting (AGM)  oleh Exco ITD Club 2016/2018, yang diketuai oleh Bro Mohd Zahir & co. Majlis telah dimulakan oleh Tuan Presiden ITD Club, Bro Mohd Zahir sekitar jam 11:00 am di Al Khaleel Meeting Room, CELPAD. Bro Mohd Zahir (Presiden ITD Club) telah membentangkan semua aktiviti² dan program yang telah dijalankan sepanjang 2016 sehingga Sep 2018. Pembentangan Penyata Kewangan juga telah dilaporkan kepada semua ahli ITD Club. Majlis telah berjalan dengan baik dan lancar, dan perlantikan yang baru telah berlangsung secara baik dan agak meriah dengan pencalonan² pilihan masing². Berikut adalah lantikan Exco Baru bagi penggal  2018-2020 : Penaung  :  < Pengarah ITD > Presiden : MOHD FARISALHARISI Timb. Presiden : SITI ROHANI SHARI Setiausaha : NURUL FATEN SHAHIDA Bendahari : SITI RAIZA MISBAH ** Ketua-ketua Biro  pula  akan dilantik tidak lama lagi. Semoga dengan perlantikan yang baru ini dapat memac