Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

SUKUM 2018 : Tahniah atlit ITD membawa pulang kejayaan

18 Aug 2018 - Sekalung TAHNIAH diucapkan untuk staff ITD yang berjaya membawa pulang pingat kemenangan dan menjulang nama IIUM di persada sukan SUKUM 2018. Tahniah diucapkan untuk bro Asnalizam , yang berjaya membawa pulang 2 pingat gangsa , yang telah dimenangi dalam acara Basikal Berpasukan dan juga dalam acara Bolasepak (Veteran) . Bro Asnalizam sedang beraksi ... mendapat Gangsa Pasukan Berbasikal IIUM ...  pingat Gangsa Pasukan Bolasepak (Veteran) IIUM ... pingat Gangsa pingat² yang dimenangi oleh bro Asnalizam. Acara Netball: Sukan Netball yang diwakili sis Norliza Zainuddin  pula hanya sekadar bermain di peringkat kumpulan pada edisi kali ini. ( keputusan penuh ) Acara Bolasepak (Senior): Sukan Bolasepak yang diwakili bro Shahrin Saat , pada tahun ini berjaya layak ke Quarter final, tetapi terkandas pula di Q-final apabila tumpas kepada UMT dengan jaringan 0-1. ( keputusan penuh ) Acara Pingpong: Acara ini adalah acara terakhir yang dimulakan di SUK

SUKUM 2018 : Selamat Maju Jaya Atlit² ITD

09 Aug - " Selamat Maju Jaya " diucapkan untuk atlit² ITD yang akan mewakili IIUM ke Sukan Staff IPTA Malaysia (SUKUM) untuk edisi tahun 2018, yang bakal berlangsung di Universiti Malaysia Pahang (UMP) Gambang, Pahang, dari 09- 18 Aug 2018. Untuk tahun ini, 5 orang staff ITD (IIUM Gombak) telah terpilih untuk  mewakili IIUM dalam beberapa acara sukan. Mereka adalah seperti berikut : Bro Sauffee & Bro Fahmi Yusof - acara PINGPONG DOUBLE (SENIOR) Bro Asnalizam - acara BASIKAL (BERPASUKAN) & BOLASEPAK (VETERAN) Bro Shahrin Saat - acara BOLASEPAK (SENIOR) Sis Norliza Zainuddin - acara NETBALL Seorang lagi ex-staff ITD  Gombak yang kini berkhidmat di IIUM Medical Centre (IIUMMC) juga akan mewakili IIUM di SUKUM 2018. Beliau adalah bro Mustakim Ahmad, yang akan beraksi dalam acara Pingpong Veteran. Bro Mustakim Ahmad - acara PINGPONG DOUBLE (VETERAN) ITD Club mengucapkan - SELAMAT MAJU JAYA !!!