Skip to main content

Farewell Games - Ibnu Ahmad (ITD/Library) vs IIUM CFS fc

21 Dec 2017 - Satu perlawanan persahabatan telah diatur di antara pasukan IBNU AHMAD (ITD+Library) untuk menentang pasukan bolasepak CFS Petaling Jaya yang telah berlangsung di padang CFS PJ.

Perlawanan ini telah diatur oleh bro Fahmi Yusof (manager Ibnu Ahmad) dan bro Amin (manager CFS fc), yang bertujuan sebagai sebuah "farewell game" di atas penutupan kampus IIUM CFS Petaling Jaya pada Feb 2018 nanti.

Antara staff ITD yang menyertai perlawanan ini ialah : Shahrin Saat, Asnalizam, Mohd Zahir (GK), Shawalfitri, Safwan Saaid, Mohd Farid Sani, Razman Bakhtiar, Meor Shahfitri.
Ex staff ITD, bro Muhammad Nazri Baharom, juga turut bermain dalam perlawanan ini.

Pemain-pemain lain yang turut bermain ialah :
(LIBRARY) - Aidi Topeh, Mohd Hamadi, Mohd Fadhlullah (Abg Penn), Wak Jan.
(KOE) - Yab Anuar.
Untuk 15 minit pertama, pasukan IBNU AHMAD telah menurunkan pemain paling muda berusia 11 tahun, iaitu Amir Amzar bin Ahmad Fahmi.

Pasukan CFS pula telah menurunkan ramai pemain² muda yang cukup laju dan menguasai hampir 2 per tiga penguasaan bola.

Keputusan penuh perlawanan, pasukan IBNU AHMAD telah tewas dengan jaringan 1-6. Jaringan tunggal pasukan IBNU AHMAD telah dijaringkan oleh bro Shahrin Saat (penalti).

** FULL ALBUM : click here





AMIR AMZAR - pemain termuda Ibnu Ahmad malam ini (11 tahun)

Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.

Atlit Terbaik dan Harapan ITD 2025

14 Nov - ITD Club telah mengadakan satu sesi penghargaan sukan buat atlit² ITD, pada ITD All Staff Meeting ke-2 (2025) di BYOD Lab, pada 14 Nov 2025. Pada majlis kali ini, Presiden ITD Club telah mengumumkan, Atlit Harapan 2025 & Atlit Terbaik ITD 2025 (bagi yang telah menyertai kejohanan-kejohanan sukan domestik IIUM, seperti IGSG, HLGG Special Edition & ISTG). Setelah dikira jumlah penyertaan dan jumlah pungutan pingat, mereka yang terpilih adalah seperti berikut : Atlit Harapan ITD 2025 : Olahragawan Harapan : bro Muhammad Hafizuddin bin Ruslan. Olahragawati Harapan : sis Nur Shahirah bt Amram. Atlit Terbaik ITD 2025 : Olahragawan Terbaik : bro Asnalizam bin Abu Talib. Olahragawati Terbaik : sis Nur Shahana bt Saat. Turut dipaparkan bersama adalah ranking " Top 5 Atlit Terbaik ITD 2025 " untuk kejohanan-kejohanan domestik IIUM sepanjang tahun 2025. ITD Club ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua atlit yang telah berjuang di dalam pelbagai acara pada ke...