Skip to main content

IIUM Staff Games 2017 : IBNU AHMAD tewas bermaruah 0-1

15 March 2017 - Pasukan bolasepak IBNU AHMAD (yg diwakili ITD, Library, Celpad) telah mengalami satu kekalahan dalam perlawanan ketiga mereka dalam Liga Bolasepak Staff IIUM 2017.

Kemaraan IBNU AHMAD telah disekat oleh pasukan AL GHAZALI (yg diwakili Sports Centre, STADD) dengan jaringan yang kecil iaitu 0-1. Keadaan padang yang agak keras dan permukaan yang tidak rata, telah membantutkan corak permainan Ibnu Ahmad, dan telah dibolosi secara luarbiasa dan tidak sengaja.

Antara pemain² ITD yang bermain untuk perlawanan ini ialah : Safwan Saaid, Shahrin Saat, Asnalizam, Mohd Zahir, Mohd Sauffee (GK), Adis Nabawi (GK2),  Meor Shahfitri, Mohd Nazri Baharom & Mohd Rafi.

Penjaga gol utama Ibnu Ahmad, bro Sauffee telah beraksi dengan begitu cemerlang untuk menafikan banyak percubaan dari pasukan Al-Ghazali. Di akhir separuh pertama, gol pertama telah lolos masuk ke dalam pintu gol Ibnu Ahmad, hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol, dan bola yang dihantar sebelah kiri oleh winger Al Ghazali, terkena pertahanan Ibnu Ahmad, dan melambung tinggi dan melantun di atas tanah yang tidak rata, dengan tiba-tiba melantun ke arah gol & bergolek menerjah jaring.

Pada separuh kedua, perlawanan berlangsung agak lasak dan keras. Body contact berlaku antara beberapa pemain Ibnu Ahmad dan Al Ghazali. Di pertengahan game kedua, pengadil telah melayangkan KAD KUNING kepada pemain Ibnu Ahmad, iaitu Shahrin Saat, kerana telah mengkasari pemain midfield Al Ghazali, Shahrul Chaloi.

Ramai pemain Ibnu Ahmad yang mengalami kecederaan dalam perlawanan ini kerana keadaan struktur padang yang agak keras dan tidak selesa bagi pemain. Antara yang cedera: Mohd Nazri, Zulhusni, Hamadi (Lib), Meor Shahfitri.

Walau bagaimanapun, pasukan Ibnu Ahmad, masih kekal di tangga pertama Liga, buat masa ini dengan kutipan - 6 mata, 9 jaringan gol dan 2 bolos.

** Tuan Manager telah memilih bro Sauffee (GK) sebagai pemain terbaik perlawanan dan bro Shahrin Saat selaku pemain ke-2 terbaik.













Pemain Kedua Terbaik - match #3 - Shahrin Saat

Pemain Terbaik - match #3 - bro Sauffee

PENYAMPAIAN TOKEN UNTUK PEMAIN² TERBAIK PERLAWANAN LEPAS:

Pemain Kedua Terbaik - Match #2 - bro Asnalizam

Pemain  Terbaik - Match #1 - bro Ahmad Zaki Rashid

Pemain Kedua Terbaik - Match #1 - bro Azli Sudin @ Panjang




Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.