Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2017

Tahniah bro Shazaruddin ... new baby born

30 Mar 2017 - Tahniah diucapkan kepada Br. Mohd Shazaruddin (Oden) yang telah dikurniakan cahaya mata perempuan pada 29 Mac 2017 di Pusat Perubatan Naluri Wangsa Maju. Semoga puteri comel ini akan menjadi anak yang solehah dan memberi kebahagiaan kepada Br. Shazaruddin sekeluarga. Tahniah diucapkan. Daripada, - ITD Club -

IIUM Staff Games 2017 : IBNU AHMAD tewas kali kedua ... kepada IIUM HOLDING

28 March 2017 - Pasukan bolasepak IBNU AHMAD (yg diwakili ITD, Library, Celpad) telah mengalami kekalahan kedua dalam perlawanan ke-4 mereka dalam Liga Bolasepak Staff IIUM 2017. Kali ini, IBNU AHMAD telah dikecewakan oleh pasukan IIUM HOLDING dengan hanya 1 jaringan yang yang boleh dianggap sebagai menang nasib. Keadaan padang yang agak sedikit becak , telah memperlahankan corak permainan Ibnu Ahmad, yang bermain tanpa penjaga gol utama - bro Sauffee & diganti dengan bro Adis Nabawi. IIUM HOLDING pula telah menurunkan 3 pemain asing, 2 dari Afrika dan seorang pemain Arab. Antara pemain² ITD yang bermain untuk perlawanan ini ialah : Safwan Saaid, Shahrin Saat, Asnalizam, Mohd Farid Sani,  Adis Nabawi (GK),  Meor Shahfitri, Mohd Nazri Baharom & Razman. Asakan bertali arus telah dilakukan oleh pasukan IIUM HOLDING sejak awal permainan. Winger kiri dan kanan HOLDING bermain dengan sangat pantas, dan pertahanan Ibnu Ahmad terpaksa bermain dengan tempo laju dan dipaksa untuk

IIUM Staff Games 2017 : IBNU AHMAD tewas bermaruah 0-1

15 March 2017 - Pasukan bolasepak IBNU AHMAD (yg diwakili ITD, Library, Celpad) telah mengalami satu kekalahan dalam perlawanan ketiga mereka dalam  Liga Bolasepak Staff IIUM 2017. Kemaraan IBNU AHMAD telah disekat oleh pasukan AL GHAZALI (yg diwakili Sports Centre, STADD) dengan jaringan yang kecil iaitu 0-1. Keadaan padang yang agak keras dan permukaan yang tidak rata, telah membantutkan corak permainan Ibnu Ahmad, dan telah dibolosi secara luarbiasa dan tidak sengaja. Antara pemain² ITD yang bermain untuk perlawanan ini ialah :  Safwan Saaid, Shahrin Saat, Asnalizam, Mohd Zahir, Mohd Sauffee (GK), Adis Nabawi (GK2),  Meor Shahfitri, Mohd Nazri Baharom & Mohd Rafi. Penjaga gol utama Ibnu Ahmad, bro Sauffee telah beraksi dengan begitu cemerlang untuk menafikan banyak percubaan dari pasukan Al-Ghazali. Di akhir separuh pertama, gol pertama telah lolos masuk ke dalam pintu gol Ibnu Ahmad, hasil keadaan kelam kabut di depan pintu gol, dan bola yang dihantar sebelah kiri ol

IIUM Staff Games 2017 : IBNU AHMAD membelasah lawan 5-0

07 March 2017 - Pasukan bolasepak IBNU AHMAD (yg diwakili ITD, Library, Celpad) telah melakar satu kemenangan yang cukup besar dalam perlawanan kedua mereka dalam  Liga Bolasepak Staff IIUM 2017. IBNU AHMAD telah membelasah pasukan AL FARABI (yg diwakili OSEM, Crescent) dengan jaringan yang agak besar iaitu 5-0. Antara pemain² ITD yang bermain untuk perlawanan ini ialah : Safwan Saaid, Shahrin Saat, Asnalizam, Mohd Zahir, Mohd Sauffee (GK), Adis Nabawi (GK2), Mohd Farid Sani, Meor Shahfitri, Razman Bakhtiar, Mohd Arni & Mohd Nazri Baharom. Pasukan IBNU AHMAD mendahului 2-0 pada separuh masa pertama, dan menambah lagi 3 gol pada separuh kedua. Walaupun 5 gol telah dijaringkan, ada beberapa peluang keemasan yang gagal dimanfaatkan oleh penyerang-penyerang Ibnu Ahmad. Penjaga gol, bro Sauffee beraksi cemerlang untuk menafikan semua percubaan pasukan Al-Farabi. Gol-gol pasukan IBNU AHMAD telah dijaringkan oleh : -  Safwan Saaid (ITD) - 1 gol - Fazlullah Mohd Yusof (Lib) - 1

ITD CLUB Bowling Tournament 2017 @ Selayang Mall

04 March 2017 - Satu pertandingan bowling telah dianjurkan oleh ITD Club bertempat di Wangsa Bowl, Selayang Mall. Pertandingan ini dianjurkan oleh Biro Sukan, ITD Club yang diketuai oleh bro Asnalizam selaku Head of Program. Pertandingan ini telah berjalan dengan cukup meriah, juga turut diserikan dengan kehadiran ramai ahli-ahli keluarga staff² ITD. Untuk pertandingan ini, setiap pemain dikehendaki untuk bermain sebanyak 3 games, di mana terdapat 10 kumpulan yang bertanding dan setiap kumpulan dianggotai seramai 3 pemain. Dikenalpasti ramai staff² ITD yang cukup hebat dan berbakat dapat dilihat dalam pertandingan ini. Keputusan : Bagi kategori individu, berikut adalah nama pemenang² : 1. High Game & High Series (Lelaki) : dimenangi bro. Khairulannuar Mat Tahir. 2. High Game & High Series (Wanita) : dimenangi sis. Haryati Mohd Salleh (isteri bro. Fahmi). Bagi kategori berpasukan, berikut adalah nama pemenang² : 1. JUARA :  dimenangi Team 6 - Khairulannuar, Sauffee,