Skip to main content

Liga Bolasepak IIUM 2016 - Ibnu Ahmad terluka di hari pertama liga

07 March 2016 - Pasukan Ibnu Ahmad telah membuka tirai pertandingan Liba Bolasepak IIUM Staff 2016 dengan langkah kiri apabila dikalahkan oleh pasukan Ar-Razi dengan jaringan 2-3. Perlawanan ini telah diadakan di padang Ragbi IIUM.

Pasukan Ibnu Ahmad ini adalah gabungan kcdi - ITD, Library, Celpad & RMC.
Manakala pasukan Ar-Razi - adalah gabungan semua Kuliyyah² di IIUM Gombak.

Antara pemain² ITD yang telah mewakili pasukan Ibnu Ahmad ialah : Safwan Saaid (Captain), Mohd Zahir (penjaga gol), Asnalizam, Hafizuddin Hassan, Mohd Afdholuddin, Mohd Rafi, Shahrin Saat, Mohd Zulhusni, Muhammad Nazri, dan Mustakim Ahmad; juga disertai bro Shawalfitri RMC.
Pasukan Ibnu Ahmad diuruskan oleh Pengurus pasukan, bro Masrizan bin Miswan (Wak Library) & dibantu oleh bro Fahmi ITD.


Pada separuh masa pertama, Ibnu telah dibolosi sebanyak 3 gol. Permainan yang banyak dikuasai oleh pasukan Ar-Razi telah berjaya mengkucar-kacirkan pertahanan Ibnu Ahmad. Penjaga gol Ibnu Ahmad, Mohd Zahir kurang berjaya membaca serangan yang dilakukan oleh Ar-Razi dan gagal menyelamatkan 3 serangan yang membocori gawang gol Ibnu Ahmad.

Pada separuh masa kedua, Ibnu Ahmad telah melakukan sedikit rombakan pemain & beberapa pemain fresh telah dimasukkan. Akhirnya 2 gol berjaya dijaringkan, gol pertama dijaringkan oleh bro Anas (Celpad) hasil serangan dilakukan oleh bro Asnalizam yang terkena palang gol dan bola muntah telah ditanduk oleh bro Anas. Gol kedua pula adalah hasil jaringan bro Azli (Panjang Library).

Walaubagaimana pun, kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat masa perlawanan.
Berikut adalah gambar² semasa perlawanan berlangsung.












Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.