Skip to main content

Football Friendly Match - ITD vs IIUM Veteran

Pada 29 Dec 2015, satu perlawanan persahabatan bolasepak telah diatur di antara ITD & pasukan IIUM Veteran. Perlawanan ini telah diadakan di padang Stadium IIUM.

Pasukan ITD yang di-uruskan oleh bro Fahmi ini, telah diwakili oleh : Safwan (Captain), Asnalizam, Mustakim, Hafizuddin Hasan, Zulhusni, Muhammad Nazri Baharom, Mohd Zahir (GK), Shawalfitri, Shahrin, Arni RMC, Meor Education, Hafizee@Jebat KICT, Azizul@Ajis CFS.

Satu keputusan memberangsangkan telah dicapai di mana pasukan ITD telah berjaya menewaskan pasukan IIUM Veteran dengan keputusan 2-1, dengan kedua-dua gol ITD telah dijaringkan oleh kapten pasukan ITD, bro Safwan Saaid.


















Gol pertama telah dijaringkan dengan cantik oleh bro Safwan dari luar kotak penalti, dalam separuh masa pertama. Lambungan yang cantik hasil hantaran dari bro Arni berjaya melepasi jangkauan penjaga gol IIUM Veteran.

Pada separuh masa kedua pula, kawasan gol ITD banyak diasak oleh pasukan IIUM Veteran. Gol penyamaan oleh pasukan IIUM Veteran telah dijaringkan melalui sepakan penalti, yang mana ianya telah diperolehi akibat daripada sedikit kealpaan kawalan bola yang telah terkena tangan bro Shawalfitri di dalam kotak penalti ITD. Penjaga gol ITD, bro Zahir gagal menyelamatkan sepakan penalti tersebut.

Semasa masa sudah hampir ke penghujung, bro Safwan sekali agi berjaya menjaringkan gol hasil daripada hantaran dibuat oleh bro Zulhusni. Rembatan deras daripada Safwan berjaya menewaskan penjaga gol IIUM Veteran dan ianya telah menjadi gol kemenangan ITD pada hari tersebut.

Akhir kata, TAHNIAH kepada semua pemain ITD yang telah mempamerkan kesungguhan dan permainan yang memberangsangkan. KIPIDAP!!! DONGIBAP!!!


** Nota kaki : Pasukan IIUM Veteran adalah pemenang pingat GANGSA dalam sukan INTER-VARSITY STAFF GAME Malaysia 2015.












Comments

  1. Tahniah semoga berjaya danterus berjaya sehingga mewakili university....

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Selamat Bertanding ... staff ITD ke ISTG 2025

ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD (IIUM Gombak) yang bakal mewakili kampus masing-masing ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  yang bermula pada 18-20 July 2025 , yang bakal dianjurkan di kampus Gombak, IIUM.  Staff² ITD yang terpilih untuk bertanding di ISTG 2025 adalah : Acara Pingpong (  mewakili  kampus Gombak ) : bro Azizulkefly  Muhamed Amin. bro Mohd Sauffee Zulkiflee. Acara Pickleball ( mewakili kampus Gombak ) : bro Asnalizam Abu Talib. bro Noor Azrul Idham Che Tak. bro Muhd Hafizuddin Ruslan. sis Nur Shahana bt. Saat. sis Nur Shahirah bt. Amram. Acara Pickleball ( mewakili kampus Kuantan) : sis Umi Kalthum bt Hanapi. Acara Bolasepak ( mewakili kampus  Gombak  ) : bro Mohd Shahrin Saat. Acara Petanque ( mewakili kampus  Gombak  ) : sis Emy Haryani. ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit ke...

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club