Skip to main content

Selamat Maju Jaya ... bro Jaiz Anuar Yeop Johari

30 Oct 2011 - Bro Jaiz Anuar Yeop Johari merupakan antara seorang Network Engineer (J41) di unit Engineering, ITD, yang mana beliau telah berhenti berkhidmat dari IIUM berkuatkuasa 21 Oct 2011. Beliau bakal berkhidmat di sebuah company swasta di Kuala Lumpur.

Bro Jaiz Anuar adalah berasal dari Paroi, Negeri Sembilan, dan telah berkhidmat di ITD, IIUM sejak March 2002.

Bro Jaiz Anuar juga merupakan mantan Presiden ITD CLUB, dan beliau juga merupakan satu-satunya staff ITD yang memegang jawatan Presiden ITD Club sebanyak 2 penggal. (sejarah Presiden ITD Club)

Bro Jaiz juga merupakan antara ahli pasukan emas Pingpong ITD yang telah menggondol EMAS dalam Sukan Staff IIUM 2004 buat pertama kali dalm sejarah team ITD. Beliau juga merupakan ahli dalam pasukan bolasepak ITD di tahun 2003, 2004 dan 2005. Bro Jaiz juga pernah meraih pingat PERAK dalam acara Carrom di Sukan Staff IIUM 2002.

Di sini, ITD Club mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada bro Jaiz Anuar, dan terima kasih selama berkhidmat dan bersama keluarga ITD Gombak.

Selamat Maju Jaya ... bro Jaiz Anuar.




Comments

Popular posts from this blog

Lawatan Muhibbah - melawat bro Shamsul Bahri di hospital Uitm Puncak Alam

22 Dec - Pada hari ini, satu lawatan muhibbah ke Hospital Uitm Puncak Alam, bagi melawat bro Shamsul Bahri (team servisdesk) yang telah menjalani satu operation dan sedang berada di dalam wad hospital tersebut - HDU ward (High Dependency Unit) . Antara yang turut serta dalam lawatan ini - bro Farisalharisi, sis Fazillah, sis Cda & bro Fahmi Yusof (Presiden ITD Club). Kami juga turut bertemu dengan isteri & anak kpd bro Shamsul. Kami memohon buat semua sahabat dan kenalan agar dapat mendoa-kan agar bro Shamsul cepat sembuh dan sentiasa dipermudahkan urusan oleh Allah swt, insyaAllah. **ps: tiada gambar bersama bro Shamsul, kerana sebarang kamera tidak dibenarkan diguna di dalam ward tersebut. Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali). Kami bersama isteri kepada bro Shamsul (kanan sekali).

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club

Tahniah buat Bro Azrul Idham dan bro Asnalizam - Juara Pickleball WPKL 2025

14 Dec 2025 - Tahniah diucapkan buat dua atlit ITD IIUM,  bro Noor Azrul Idham dan bro Asnalizam , yang telah menyertai dan menjuarai Kejohanan Pickleball WPKL 2025 , anjuran Persatuan Guru Besar Malaysia (PGBM) dan Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMB). Pertandingan Pickleball ini telah berlangsung di Arena Double Bounce, Balakong, Selangor, pada hari Ahad, 14 Dec 2025. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam, di atas kejayaan menjuarai kejohanan ini. Semoga kejayaan ini akan dapat memberi sedikit suntikan semangat kepada atlit-atlit ITD yang lain untuk terus maju di dalam bidang sukan ini. Selamat Maju Jaya. Terima kasih. bro Noor Azrul Idham & bro Asnalizam. Bro Azrul & Asnalizam di podium.