Skip to main content

Pergi nya seorang sahabat bertemu Ilahi ... sis Mustamirah Md Hilal

31 Oct 2010 - Untuk makluman semua, yang mengenali sahabat kita, Sis Mustamirah bt Md Hilal @ Kak Chik ( F29 di ITD Gombak, F41 di ITD CFS ), beliau telah kembali ke rahmatullah pada Subuh hari ini, 31 oct 2010, kerana telah mengalami sesak nafas secara tiba-tiba, pada waktu sekitar selepas solat Subuh.

‎إنَّا ِللَّهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا  
"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali...Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia."

Beliau telah pergi menemui Ilahi pada ketika beliau sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama beliau, yang masih merah berusia dalam sekitar 13 hari.

Suami beliau telah berpesan pada saya (bro Fahmi Yusof) di tanah perkuburan td  ... beliau memohon AMPUN MAAF bagi pihak Allahyarhamah Mustamirah bt Md. Hilal, seandainya arwah ada salah silap terhadap tuan² & puan² selama mengenali arwah.

Marilah sama2 kita sedekahlah Al-Fatihah buat Allahyarhamah Mustamirah  ... AL FATIHAH.

Terima kasih.








Comments

Popular posts from this blog

Salam Aidilfitri 1446H ... buat semua ITDians.

 Assalamu'alaikum. ITD CLUB ingin mengambil kesempatan ini utuk menzahirkan ucapan Selamat Menyambut  Hari Raya Aidilfitri 1446H  kepada semua staff ITD di seluruh kampus Gombak, Kuala Lumpur, Kuantan, Gambang, Pagoh, dan juga seluruh kenalan-kenalan kami di mana jua anda berada. Semoga hari raya ini dapat memberi kegembiraan dan kesejahteraan kepada anda semua.. Taqabbalallahu Minna Waminkum. Salam Maaf Zahir dan Batin. ** Full album :  click here ** Video on Youtube :  click here ITD CLUB. . Video ... ITD Raya wish (2025)

Selamat Bertanding ... staff ITD ke ISTG 2025

ITD CLUB ingin mengucapkan selamat maju jaya & selamat bertanding kepada wakil-wakil ITD (IIUM Gombak) yang bakal mewakili kampus masing-masing ke pertandingan sukan  IIUM STAFF TRIANGULAR GAMES (ISTG) 2025  yang bermula pada 18-20 July 2025 , yang bakal dianjurkan di kampus Gombak, IIUM.  Staff² ITD yang terpilih untuk bertanding di ISTG 2025 adalah : Acara Pingpong (  mewakili  kampus Gombak ) : bro Azizulkefly  Muhamed Amin. bro Mohd Sauffee Zulkiflee. Acara Pickleball ( mewakili kampus Gombak ) : bro Asnalizam Abu Talib. bro Noor Azrul Idham Che Tak. bro Muhd Hafizuddin Ruslan. sis Nur Shahana bt. Saat. sis Nur Shahirah bt. Amram. Acara Pickleball ( mewakili kampus Kuantan) : sis Umi Kalthum bt Hanapi. Acara Bolasepak ( mewakili kampus  Gombak  ) : bro Mohd Shahrin Saat. Acara Petanque ( mewakili kampus  Gombak  ) : sis Emy Haryani. ITD CLUB juga men-doakan semoga atlit² ITD ini dapat memberikan saingan yang terbaik dan sengit ke...

Salam Takziah sis Fitratul & sis Khairani

 Assalamualaikum w.b.t.  إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ‎     Dimaklumkan bahawa nenek kepada Sr. Fitratul & mak saudara Sr. Khairani telah meninggal dunia. Marilah kita bersama-sama mendoakan agar arwah nenek Sr. Fitra & mak saudara Sr. Khairani ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan dipermudahkan segala urusannya sekeluarga.   Salam takziah untuk Sr. Fitra & Sr. Khairani serta keluarga mereka. Al-fatihah.   ITD Club