Skip to main content

Posts

Showing posts from 2010

TAHNIAH bro Raja Norzaharman dan isteri

Assalamu'alaikum warahmatullah. Tahniah kepada bro. Raja Norzaharman & Raja Nor Ashikin kerana telah mendirikan rumahtangga pada 26 Dec 2010, di Teluk Intan, Perak. TAHNIAH diucapkan drpd ITD Club untuk kedua mempelai. Semoga berkekalan hendaknya.

Pergi nya seorang sahabat bertemu Ilahi ... sis Mustamirah Md Hilal

31 Oct 2010 - Untuk makluman semua, yang mengenali sahabat kita, Sis Mustamirah bt Md Hilal @ Kak Chik ( F29 di ITD Gombak, F41 di ITD CFS  ), beliau telah kembali ke rahmatullah pada Subuh hari ini, 31 oct 2010, kerana telah mengalami sesak nafas secara tiba-tiba, pada waktu sekitar selepas solat Subuh. ‎إنَّا ِللَّهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن ‎ اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا   "Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali...Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia." Beliau telah pergi menemui Ilahi pada ketika beliau sedang berpantang selepas melahirkan anak pertama beliau, yang masih merah berusia dalam sekitar 13 hari. Suami beliau telah berpesan pada saya (bro Fahmi Yusof) di tanah perkuburan td  ... beliau memohon AMPUN MAAF bagi pihak Allahyarhamah Mustamirah bt Md. Hilal, seandainya arwah ada salah silap terhadap tuan² & puan² selama mengenali arwah. Maril

ITD Hari Raya Gathering 2010 / 1431H

24 Sep 2010 - Majlis Hari Raya ITD Gombak untuk tahun 2010/1431H, telah dilangsungkan dengan penuh sederhana tetapi meriah. Ramai staff² IT dari pelbagai KCDi jug turut serta untuk memeriahkan majlis ini. Juga dijemput ex-staff ITD dan staff² daripada office berdekatan. ** Full Album : click here

Pasca... Majlis Iftar ITD 1431H - tahun 2010

Pada tarikh bersamaan 02 Sept 2010, satu majlis IFTAR (berbuka puasa) telah dianjurkan oleh ITD CLub untuk semua staff ITD. Majlis telah diadakan secara sederhana di pejabat ITD.

Majlis Tazkirah di ITD - Aug 2010

13 Aug 2010 - Majlis Tazkirah di ITD . Time : 8:30 a.m. – 9:30 a.m. Speaker : Asst. Prof. Dr. Nadzirah Mohd, KIRKHS MC : Sis Khairani Che Ibrahim ** Album Penuh : klik di sini

Selamat Maju Jaya ... bro Abu Emran Abu Bakar (AEAB)

29 May 2010 - Bro Abu Emran Abu Bakar (AEAB) merupakan antara seorang Engineer (J41) di unit Engineering, ITD, yang mana beliau akan berhenti berkhidmat dari IIUM berkuatkuasa 29 May 2010. Beliau akan berkhidmat di sebuah company private selepas ini. Bro Abu Emran adalah merupakan seorang warga dari negeri di bawah bayu (Sabah), dan telah berkhidmat di ITD, IIUM sejak Sep 2000. Abu Emran juga merupakan Timbalan Presiden ITD Club 2003 dan Ketua Biro Tarbiyyah, ITD Club 2006-2008. Di sini, ITD Club mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada bro Abu Emran., dan terima kasih selama berkhidmat dan bersama keluarga ITD Gombak. Selamat Maju Jaya ... bro Abu Emran.

ITD IEEP 2010 : Pulau Perhentian Terengganu

ITD telah mengadakan program IEEP (Islamic Enhancement & Evaluation Programme) bagi tahun 2010 di sebuah pualu di negeri Terengganu ... iaitu PULAU PERHENTIAN. Tarikh Program : 23-25 April 2010 Head of Prog : bro Abu Emran Abu Bakar Berikut adalah sedikit foto² ingatan semasa berlangsungnya program IEEP ITD @Terengganu ...